Harian Metro

Penantian tiga dekad

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

 Takaful bantu selesai masalah air Kampung Chuchoh Puteri

“Selepas 30 tahun menanti, akhirnya syarikat insurans Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) tampil membantu menyelesai­kan masalah air bersih di kampung kami,” kata penduduk Kampung Chuchoh Puteri, Mohd Nasir Hamid, 46.

Mohd Nasir adalah salah seorang daripada 1,500 penduduk kampung terbabit yang berdepan masalah bekalan air bersih apabila terpaksa menggunaka­n air bukit selain turut mengambil air dari sungai yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah masing-masing.

Katanya, kawasan tadahan air bukit itu sudah dibina lebih 30 tahun lalu sehingga menyebabka­n saluran paip air rosak, tercemar dan tersumbat, malah apabila hujan lebat penduduk tiada punca air untuk kegunaan seharian.

“Kami gembira dan berterima kasih dengan keprihatin­an Etiqa apabila mengambil berat terhadap permasalah­an yang dihadapi sekian lama. Sudah lama kami menunggu bekalan air bersih dan dengan kemudahan baru ini, kami tidak akan berdepan masalah air lagi.

“Inisiatif pihak berkenaan untuk membina kawasan tadahan air dan saluran paip air yang baru bagi menggantik­an yang lama amat dihargai,” katanya selepas majlis perasmian program pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti Kampung Chuchoh Puteri yang disempurna­kan Ketua Pengedaran Wilayah Etiqa Rudy Rodzila Che Lamin, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM) Zawahir Abdullah.

Seramai 200 sukarelawa­n membabitka­n penduduk kampung, kakitangan Etiqa dan sukarelawa­n IAM bergotong-royong menjayakan projek terbabit.

Sementara itu, Rudy Rodzila berkata, projek membabitka­n kos RM100,000 di bawah program Etiqa Cares dengan kerjasama IAM adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi kehidupan sihat.

Katanya, pihaknya komited dan prihatin terhadap nasib penduduk kampung kerana terpaksa menggunaka­n air yang kemungkina­n sudah tercemar.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif membina kawasan tadahan baru dan menukar paip baru untuk menyalurka­n air ke setiap rumah. Projek ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan akan dibuat secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

“Kami berharap mereka mendapat kehidupan harian lebih baik kerana menggunaka­n bekalan air bersih. Dengan kemudahan ini, kami mahu mereka menggunaka­nnya sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Zawahir berkata, IAM memainkan peranan membawa individu dan syarikat yang ingin memperluas­kan usaha kemanusiaa­n dan kebajikan dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Kami sangat berbesar hati bekerjasam­a dalam Etiqa Cares untuk melaksanak­an projek yang bermakna dan bermanfaat untuk penduduk kampung,” katanya.

 ??  ?? ANTARA 200 sukarelawa­n bergotong-royong mengangkat paip air pada Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai.
ANTARA 200 sukarelawa­n bergotong-royong mengangkat paip air pada Program Pembinaan Tandak Air Bersih Untuk Komuniti di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia