Harian Metro

Selesai kemelut lama

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

 SPRM bakal tubuh pasukan khas siasat isu berhubung pemilikan tanah GATCO

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi menyelesai­kan kemelut dihadapi penduduk Kampung Serampang Indah, di sini, berhubung isu pemilikan tanah (GATCO) lebih 30 tahun lalu.

Ketuanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pasukan itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menjalanka­n siasatan berhubung permasalah­an sebenar.

Katanya, kes itu berlarutan sejak sekian lama dan pemilikan tanah menjadi punca tidak puas hati.

“SPRM akan melakukan kajian dan memiliki asas membuat siasatan. Kita akan siasat semua individu termasuk salah guna kuasa serta rasuah,” katanya sebaik mengadakan pertemuan bersama penduduk di kampung itu, semalam.

Menurut Dzulkifli, tempoh tertentu diperlukan bagi menjalanka­n siasatan tambahan pula kes berpanjang­an puluhan tahun.

“Jika didapati wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa, pihak terbabit tidak akan terlepas,” katanya yang mendengar sendiri luahan penduduk.

Katanya, SPRM selepas ini akan bertemu pula pihak yang menguruska­n penjualan dan pemilikan tanah terbabit.

Harian Metro pada 5 Mac 2015 melaporkan, penduduk kampung itu mengadakan demonstras­i berikutan tidak berpuas hati isu pembayaran pampasan dan pemilikan tanah GATCO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia