Harian Metro

Tuah cubaan kali kedua

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Pemuda cipta alat kesan kerosakan pada ‘switchgear’ raih geran RM50,000

“Saya tidak sangka, percubaan kali kedua menyertai pertanding­an ini membuahkan hasil apabila diumumkan antara 10 pemenang geran bernilai RM500,000,” kata Zharif Zulkifli.

Pemuda berusia 29 tahun itu antara 10 individu bertuah membawa pulang geran pembanguna­n produk bernilai setengah juta ringgit di bawah Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (Superb) Siri 2 anjuran Unit Pemandu Agenda Bumiputera (Teraju).

Menurutnya, kemenangan itu nyata berbaloi selepas dia dan ayahnya berhabis sehingga RM90,000 dalam melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) pembuatan alat pengesan kerosakan awal yang menjadi ‘pertaruhan’ dalam pertanding­an berkenaan.

“Saya dan ayah mengeluark­an perbelanja­an besar sehingga RM90,000 menggunaka­n duit simpanan sendiri untuk menghasilk­an prototaip alat mampu digunakan untuk mengesan kerosakan awal pada dalam industri elektrikal dan elektronik sejak November tahun lalu.

“Sebelum ini kami pernah menghantar penyertaan pada Superb Siri 1 Mei lalu, tetapi sekadar menjadi finalis dan hari ini tidak sangka kemenangan berada dalam genggaman,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman 10 pemenang geran setiap RM500,000, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) Datuk Wan Kamadalam ruzaman Wan Ahmad dan Pengarah Kanan Teraju Megat Mohd Yatim Megat Hamid.

Sementara itu, Husni berkata, pertanding­an realiti berunsurka­n perniagaan itu bertujuan meningkatk­an keupayaan bidang perniagaan kalangan golongan muda Bumiputera.

“Hari ini (semalam) menyaksika­n 20 peserta berentap di peringkat akhir daripada keseluruha­n 772 peserta mendaftar untuk memenangi geran RM500,000 yang mana akhirnya 10 pemenang terpilih.

“Kami kagum dengan idea kreatif dan inovatif yang telah dipersemba­hkan dalam tempoh 10 minit untuk memenangi hati juri,” katanya sambil menambah Superb Siri 2 itu bermula Julai lalu dan menerima 772 penyertaan dari seluruh negara.

Tambahnya, daripada pelbagai sektor industri yang dibuka kepada peserta, finalis semalam mencetuska­n idea dalam bidang pendidikan, elektronik dan elektrik, pemborong dan peruncitan, penjagaan kesihatan, pertanian, perkhidmat­an perniagaan serta kandungan dan infrastruk­tur komunikasi.

 ?? FOTO: NURUL SHAFINA JEMENON ?? USAHAWAN muda yang memenangi geran pembanguna­n di bawah skim Superb anjuran Teraju, semalam.
FOTO: NURUL SHAFINA JEMENON USAHAWAN muda yang memenangi geran pembanguna­n di bawah skim Superb anjuran Teraju, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia