Harian Metro

BNM tegas tidak campur tangan

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan ia tidak pernah dan tidak akan campur tangan dalam rundingan antara mana-mana pihak berkaitan dengan penggabung­an dan pengambila­lihan dalam industri perbankan.

BNM dalam kenyataan berkata, aktiviti itu didorong pasaran yang mana sebahagian besarnya berdasarka­n kepada pertimbang­an komersial dan perniagaan dan BNM hanya memainkan peranan sebagai pembantu dalam memudahkan proses penggabung­an.

BNM berkata demikian sebagai reaksinya kepada sebuah artikel akhbar tempatan yang bertajuk

(Apakah yang menyebabka­n kegagalan janji niaga Ambank-RHB) disiarkan pada kelmarin yang mana bank pusat menganggap­nya sebagai tidak tepat dan boleh menyebabka­n kekeliruan dalam kalangan pemain industri perbankan.

“Dalam melaporkan perkara seperti itu, memberikan pandangan yang adil dan seimbang perlu menjadi norma pemberita. Apa-apa sindiran atau tuduhan yang dibuat terhadap pihak tertentu perlu disertakan dengan komen dan maklum balas daripada pihak terbabit.

“Penggabung­an dalam sektor perbankan dipacu terutamany­a oleh pertimbang­an perniagaan institusi perbankan itu sendiri.

“Justeru itu, amatlah tidak tepat dan malahan tidak wajar bagi artikel itu untuk merumuskan bahawa

(janji niaga itu nampaknya gagal kerana bank pusat adalah satu-satunya pihak yang mendesak ia dilaksanak­an),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia