Harian Metro

Permintaan rumah di Kelantan tinggi

 SPNB Aspirasi bina 1,397 rumah teres setingkat di Machang, Tanah Merah Januari tahun depan

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatny­a SPNB Aspirasi Sdn Bhd akan membina 1,397 unit rumah teres setingkat di Machang dan Tanah Merah bermula Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, projek itu membabitka­n 853 unit di Tanah Merah dan 544 unit di Machang.

Katanya, kedua-dua projek melalui dua fasa pembinaan iaitu 111 unit dibina di Machang dan 362 unit di Tanah Merah, manakala bakinya dilancarka­n dalam fasa kedua nanti.

“Kedua-dua projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun.

“Harga permulaan bagi projek perumahan di Machang adalah RM191,000 dan di Tanah Merah RM166,000. “Setakat ini, kami menerima sambutan menggalakk­an dan sepanjang karnival ini sebanyak 109 unit ditawarkan kepada pengunjung,” katanya dalam Karnival Hartanah Aspirasi Pantai Timur, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin.

Mengulas lanjut, Ahmad Azizi berkata, permintaan terhadap rumah di Kelantan masih tinggi pada masa ini biarpun berdepan cabaran ekonomi.

“Nisbah permintaan membeli rumah di negeri ini tinggi dan biasanya ia habis dijual namun perkembang­an pembinaann­ya harus menyakinka­n rakyat dari segi kualitinya.

“Sebagai contoh, kebanyakan rakyat di negeri ini yang ingin memiliki kediaman sekurang-kurangnya mahu melihat projek dibangunka­n memberi keyakinan sekali gus menarik minat mereka membeli lot berkenaan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Azizi (dua dari kiri) bersama Mohamed Hasnan (kiri) melihat replika rumah teres setingkat yang bakal dibina di Machang, semalam.
AHMAD Azizi (dua dari kiri) bersama Mohamed Hasnan (kiri) melihat replika rumah teres setingkat yang bakal dibina di Machang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia