Harian Metro

Naza Kia labur RM1 bilion sejak 1996

-

Bahru: Pengedar kenderaan jenama Kia, Naza Kia Malaysia (Naza Kia) melabur hampir RM1 bilion merangkumi pembinaan kilang pemasangan, perluasan jualan dan jaringan perkhidmat­an kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata, pihaknya sentiasa menawarkan produk terbaik kepada pelanggan sejak diberi hak pengedaran jenama Kia pada 1996.

“Pengasas Naza Kia Allahyarha­m Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melihat potensi jenama kenderaan ini dan melabur untuk membuka kilang pemasangan di Gurun, Kedah.

“Hasilnya 260,000 kenderaan Kia kini berada di jalan raya seluruh negara selain menjadi peneraju pasaran jenama ini di ASEAN,” katanya ketika sidang meja bulat di Kia Red Cube Johor Bahru, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Syarikat Naza Kia Nazman Yusof.

Samson berkata, kini ada 54 pusat Kia menawarkan 165 lot ruang servis di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Daripada 54 pusat ini, lima daripadany­a dikenali sebagai Kia Red Cube yang terletak di Petaling Jaya dan Rawang di Selangor, Kuantan, Pahang serta Tampoi dan Johor Bahru di Johor.

“Pembinaan Red Cube saja menelan belanja RM75 juta dan Malaysia adalah negara pertama di ASEAN menawarkan kemudahan ini kepada pelanggan setia Kia,” katanya.

Menurut Samson, tahun lalu pihaknya melabur RM25 juta untuk mewujudkan jaringan kemudahan dan usaha berkenaan diteruskan sehingga ke Sabah dan Sarawak termasuk lapan pusat baru akan dibuka tahun ini.

Samson berkata, program Kia Value 5 turut menawarkan penjimatan kepada pemilik Kia.

“Pakej ini memudahkan pelanggan memiliki kenderaan Kia, malah menikmati banyak manfaat dengan pembiayaan pintar,” katanya.

 ??  ?? SAMSON pada sidang meja bulat di Kia Red Cube Johor Bahru.
SAMSON pada sidang meja bulat di Kia Red Cube Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia