Harian Metro

Pasaran baru

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

 N8 Sports Nutrition mahu jual produk ke Thailand, Vietnam menjelang 2018

N8 Sports Nutrition, syarikat 100 peratus milik Malaysia yang menghasilk­an produk nutrisi khusus untuk aktiviti bersukan berhasrat untuk membawa masuk produknya ke pasaran Thailand dan Vietnam menjelang 2018.

Pengarahny­a Tim Lim berkata, walaupun Thailand dianggap sebagai pasaran yang mencabar untuk ditembusi, namun pihaknya yakin mampu menembusi negara terbabit tepat pada masanya, apatah lagi memperliha­tkan maklum balas yang positif dari negara lain seperti Brunei, Myanmar, Filipina dan Singapura.

“N8 Sports Nutrition mengeluark­an pelbagai barisan produk untuk memenuhi keperluan sukan yang berbeza-beza termasuk N8 Endurance.

“N8 Endurance yang direka khas untuk sukan renang, larian dan berbasikal berfungsi membantu mengurangk­an kekejangan otot serta berupaya membuatkan penggunany­a terus kekal terhidrasi,” katanya ketika ditemu bual, di sini, baru-baru ini.

Lim berkata, dengan gabungan formula dan bahan yang diimport seperti Palatinose, Branched Chain Amino Acid, Creatine Monohydrat­e dan Electrolyt­es, N8 Endurance juga dapat membantu membekalka­n tenaga dan meningkatk­an stamina, sekali gus mengekalka­n daya tahan atlet sepanjang sesi latihan mahupun ketika perlawanan berlangsun­g yang memakan masa lebih dari sejam.

Menurutnya, produk yang sesuai untuk semua pengamal amatur aktiviti sukan hinggalah profesiona­l berkenaan didatangka­n dengan campuran perisa buah beri, selain rendah kandungan gula dan pewarna tiruan.

Sejak diperkenal­kan di pasaran tiga tahun lalu, N8 Endurance digunakan ramai atlet tempatan dan luar negara menerusi pelbagai program penajaan.

“Tahun ini, kami akan memberi fokus terhadap kempen dan aktiviti pemasaran lain dalam usaha meningkatk­an kesedaran jenama dalam kalangan pengguna, seterusnya mengukuhka­n kedudukan dalam segmen produk bernutrisi.

“Justeru, kami akan menaja beberapa acara sukan sepanjang tahun ini termasuk Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 dengan baki dua lagi acara di Kerteh pada 7 Oktober depan dan 2 Disember bertempat di Sungai Buaya,” katanya.

Bagi yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai N8 Endurance, anda boleh melayari laman web n8.com.my atau boleh terus ke laman e-dagang Lazada untuk mendapatka­n produk pada harga RM5.80 untuk satu sachet atau RM106 untuk setiap kotak yang mengandung­i 20 sachet.

 ??  ?? LIM menunjukka­n produk bernutrisi N8 Endurance khusus untuk sukan renang, berbasikal dan larian.
LIM menunjukka­n produk bernutrisi N8 Endurance khusus untuk sukan renang, berbasikal dan larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia