Harian Metro

Gores dan Senyum tawar RM10j

-

Pizza Hut Malaysia melancarka­n peraduan Gores dan Senyum sempena ulang tahunnya ke-35 yang menawarkan hadiah berjumlah RM10 juta.

Peraduan bermula sekarang hingga 31 Oktober depan itu menawarkan peluang hadiah berupa wang tunai, baucar tunai atau produk dengan setiap pembelian RM35 atau lebih di Pizza Hut.

Sepuluh pelanggan bertuah juga berpeluang menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM35,000.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merrill Pereyra berkata, ulang tahun kali ini menandakan satu pencapaian bersejarah untuk Pizza Hut

Malaysia.

“Sejak itu, kami menangani pelbagai cabaran dan dengan adanya hampir 400 cawangan di seluruh negara, peraduan Gores dan Senyum adalah komitmen kami untuk membawa senyuman kepada pelanggan di Malaysia dengan piza yang disediakan segar.

“Apa yang penting dalam peraduan ini kami mahu setiap pelanggan mencipta memori indah dan setiap orang adalah pemenang di Pizza Hut.

“Ini peluang terbaik bukan saja untuk meraikan kejayaan Pizza Hut Malaysia tapi untuk berterima kasih kepada pelanggan di negara ini atas sokongan selama 35 tahun,” katanya.

Pengeluar aiskrim Nestle Ice Cream melancarka­n aiskrim terbarunya, aiskrim Mat Kool FruityBug berbentuk kumbang dengan kombinasi perisa strawberi dan nanas yang menyegarka­n dalam bentuk perkongsia­n dwibatang yang unik.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream, Teo Heng Keat berkata, sebagai sebuah syarikat aiskrim, mereka perlu menghasilk­an produk baru yang mempunyai unsur keriangan dan keseronoka­n melalui gabungan perisa enak serta bentuk yang kreatif.

“Di Nestle Ice Cream, kami sentiasa berusaha memperkena­lkan aiskrim baru dalam portfolio produk dengan menawarkan pelbagai perisa yang sesuai dinikmati semua peringkat umur.

“Dengan perisa terbaru ini, ia pastinya dapat mencetuska­n saat riang penuh keseronoka­n dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat-handai ketika menikmatin­ya,” katanya pada majlis pelancaran Mat Kool FruityBug di Pasar Raya Mydin USJ 1 (Mydin) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Jualan dan Promosi Mydin, Siva Prakash dan Pengurus Pemasaran Pengguna Aiskrim Nestle, Farrah Salina Othman.

Beliau berkata, selepas kejayaan aiskrim Mat Kool Butterfly yang ditawarkan sebelum ini, aiskrim FruityBug pasti akan mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat.

“Selepas kejayaan aiskrim Butterfly, kita percaya keluaran baru aiskrim FruityBug kali ini akan menarik lebih ramai pelanggan terutama kanak-kanak.

“Bukan itu saja, keluaran aiskrim FruityBug kali ini sedikit berbeza daripada sebelumnya iaitu kita menggunaka­n pewarna daripada sumber tumbuhan selain ramuan berkualiti tinggi khas untuk peminat setia aiskrim Nestle,” katanya.

Aiskrim Mat Kool FruityBug kini boleh didapati pada harga RM1.90 di pasaran dan laman dalam talian 11street, www.11street.my.

 ??  ?? TEO (tengah) dan Siva (kiri) pada pelancaran Mat Kool FruityBug.
TEO (tengah) dan Siva (kiri) pada pelancaran Mat Kool FruityBug.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia