Harian Metro

KERANA TERINGIN

- Daily Mail

 Pelajar tikam mati rakan sekelas semata-mata mahu ‘merasa’ menjadi pembunuh bersiri

Seorang remaja lelaki melancarka­n serangan kejam ke atas rakan sekolahnya dengan menikam mati gadis itu kerana mendakwa teringin menjadi pembunuh bersiri, malah sebenarnya berniat membunuh dua murid lain sebelum menyerah diri kepada polis.

Mangsa berusia 14 tahun dikenali sebagai Tamires Paula de Almeida ditikam sekurang-kurangnya 10 kali pada petang Rabu ketika menunggu lif di bangunan apartmenny­a untuk ke sekolah.

Menurut detektif, suspek memberitah­u dia sengaja membeli pisau itu kerana teringin membunuh dan mahu melihat reaksi rakan sekelas lain meratapi kematian mangsa.

Penyerang berusia 13 tahun yang namanya tidak didedahkan itu tinggal di bangunan sama dengan mangsa di Goiania, barat Brazil, selain turut belajar di kelas sama.

Seorang jiran yang tidak menyedari identiti mangsa disebabkan kecederaan dialaminya menjerit apabila melihat mayat Tamires menyebabka­n ibu mangsa membuka pintu dan melihatnya berlumuran darah di depan pintu rumah.

Ketua polis, Leonidio Alves de Moraes berkata: “Suspek memberitah­u kami dia mencekup Tamires sebaik mangsa masuk ke dalam lif sebelum mengheretn­ya keluar ke laluan kecemasan.

“Dia cuba membunuhny­a dengan menghentak kepalanya di dinding tetapi tidak berjaya. Oleh kerana mangsa masih hidup dia menikamnya dengan pisau.

“Jenayah itu sangat kejam, ganas dan penuh kemarahan jika dilihat cara dia menikam mangsa 10 kali di leher, lengan dan dada.”

Suspek kemudian pergi ke sekolah dan mengakui perbuatann­ya kepada guru, Cezar Sabino.

“Ketika itu dia nampak gementar malah tangannya menggeleta­r. Dia meminta saya menghubung­i ambulans kerana dia sudah menikam seseorang di bangunan apartmenny­a dan menyerahka­n pisaunya,” kata Sabino, 57.

Guru besar dan kakitangan sekolah itu kemudian bergegas ke bangunan apartmen berhampira­n untuk cuba menyelamat­kan mangsa tetapi sudah terlambat.

Menurut polis, suspek mengaku mahu membunuh dua lagi murid perempuan di dalam kelasnya tetapi berubah fikiran.

 ??  ?? TAMIRES
TAMIRES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia