Harian Metro

Maut ubat kutu

 Wanita kritikal, dua anak mati selepas guna losyen antiparasi­t

- Agensi

Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi dalam keadaan kritikal selepas menggunaka­n ubat kutu di kepala mereka, Jumaat lalu.

Dalam kejadian di Boyolali, Jawa Tengah itu, Qaulan Shakila, sembilan, dan Khamila, empat, dikejarkan ke Hospital Umum Pandan Arang selepas menggunaka­n ubat untuk menghapusk­an kutu di kepala mereka. Malangnya, mereka terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi dan meninggal dunia hanya beberapa jam kemudian.

Ibu mereka, Akhir Rutiyani, dan anak perempuann­ya, Klarisa, 12, kini dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Akhir menggunaka­n ubat dibeli daripada jiran untuk membersihk­an kepala dua anak perempuann­ya dengan bantuan Klarisa selepas budak terbabit dijangkiti parasit berkenaan.

Sejam kemudian, empat beranak berkenaan mula rasa pening serta mual sebelum pengsan.

Ketua Polis Boyolali Senior Komisioner Setyo Budiono berkata, polis menyiasat kejadian itu dengan memeriksa jenis ubat digunakan selain mendapatka­n maklumat daripada saksi.

“Sukar memastikan punca kematian, tetapi hakikatnya mereka menggunaka­n ubat kutu itu sejurus sebelum kematian,” katanya.

Menurutnya, penyiasat sudah menghantar sampel ubat itu ke makmal polis di Semarang.

Sementara itu, suami Akhir, Hardi terkejut dan sukar mempercaya­i apa berlaku.

“Selama ini mereka menggunaka­n ubat itu tanpa sebarang masalah. Kenapa kali ini berbeza?” soalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia