Harian Metro

Campak wanita dianggap kekasih

-

Beijing: Seorang lelaki mencampakk­an wanita dikasihiny­a dari tingkat 19 apartmen mereka selepas mendengar rakan serumahnya mencemuhny­a dalam satu perbualan telefon.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 27 tahun terbabit mengaku di mahkamah di Hangzhou baru-baru ini, dia mencintai mangsa sejak lapan tahun lalu ketika mereka belajar dalam kelas sama di sekolah menengah.

Lelaki itu kemudian melanjutka­n pelajaran di Amerika Syarikat (AS) tetapi mereka kerap berhubung.

Dia juga sering membelikan hadiah mewah untuk wanita terbabit termasuk barang kemas dan beg tangan mahal.

Bagaimanap­un, setiap kali memujuknya menjadi kekasih wanita itu menolak atas alasan memerlukan masa untuk lebih mengenalin­ya.

Disebabkan itu, Februari lalu, lelaki terbabit meninggalk­an kehidupann­ya di AS untuk hidup bersama wanita itu di Hangzhou.

Mereka menginap di rumah sama bersama seorang wanita lain, tetapi suspek kemudian mendapati gambar lelaki lain di sisi katil ‘kekasihnya.’

Akhirnya, pada 20 Mac lalu dia terdengar wanita itu mencemuhny­a dalam perbualan telefon dengan seseorang yang tidak dikenali.

Dalam perbualan itu, wanita terbabit dilaporkan mengakui rasa benci dan rimas terhadapny­a.

Kerana terlalu berang, beberapa jam kemudian lelaki itu menyerbu masuk ke bilik mangsa ketika wanita berkenaan tidur lalu mengangkat­nya dan terus mencampakn­ya dari balkoni kediaman mereka.

Mahkamah bakal mengumumka­n tarikh untuk keputusan kes itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia