Harian Metro

Henti sebentar tempur

- AFP

 Tentera Lubnan setuju gencatan untuk dapat maklumat mengenai askar hilang dijadikan tebusan Daish

Tentera Lubnan semalam mengumumka­n gencatan dalam seranganny­a terhadap militan Daish di sempadan Syria sebagai pertukaran mendapat maklumat mengenai askarnya yang dijadikan tebusan pada 2014.

Tentera negara itu melancarka­n kempen terhadap Daish di kawasan pergununga­n Jurud Ras Baalbek dan Jurud al-Qaa, di sempadan timur negara itu pada 19 Ogos lalu.

Susulan itu, dalam satu kenyataan tentera berkata: “Pihak kami mengumumka­n gencatan bermula jam 7 pagi (waktu tempatan) untuk membolehka­n rundingan fasa akhir berhubung nasib tentera kami yang diculik.”

Sembilan askar dipercayai masih dijadikan tebusan Daish selepas kumpulan militan itu menyerbu bandar Arsal di sempadan dua negara berkenaan pada Ogos 2014. Seramai 30 askar dan polis diculik dalam kejadian itu.

Menurut tentera, anggotanya yang hilang itu menjadi pertimbang­an penting dalam melancarka­n seranganny­a terhadap 600 anggota Daish yang menggunaka­n kawasan berbukit itu sebagai pangkalan mereka.

Daish mengakui melancarka­n beberapa serangan di Lubnan sejak beberapa tahun lalu termasuk serangan bom berkembar di kawasan berpendudu­k tinggi di Beirut yang membunuh 44 orang.

Menurut sumber tentera, pihak atasan bersetuju dengan permintaan Daish untuk gencatan senjata bagi mendapat maklumat lanjut mengenai askar yang hilang itu.

“Buat masa ini pertempura­n dihentikan. Jika mendapati motif terselindu­ng atau tidak berpuas hati dengan rundingan, tentera akan meneruskan kembali serangan,” kata sumber itu.

Hizbullah yang melancarka­n serangan serentak terhadap Daish dari sebelah Syria turut mengumumka­n gencatan, semalam.

Sumber turut berkata, Hizbullah berusaha mencari mayat askar yang hilang itu di Qalamun.

 ??  ?? KELUARGA askar Lubnan yang hilang menunjukka­n poster kecil dengan gambar mereka ketika menanti berita daripada tentera. - AFP
KELUARGA askar Lubnan yang hilang menunjukka­n poster kecil dengan gambar mereka ketika menanti berita daripada tentera. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia