Harian Metro

Makin lemah pegangan Daish

-

Tal Afar (Iraq): Tentera Iraq semalam hampir menawan sepenuhnya bandar Tal Afar selepas mengusir kumpulan militan Daish dari kawasan yang dipercayai antara kubu kuat terakhir mereka di negara itu.

Unit antikegana­san sudah menguasai pusat bandar itu yang turut mengandung­i kubu bersejarah Uthmaniyya­h.

“Mereka menaikkan bendera Iraq di kubu berkenaan,” kata komander operasi tentera dalam pertempura­n di Tal Afar, Jeneral Abdulamir Yarallah, dalam satu kenyataan.

Kemaraan itu dibuat selepas Perdana Menteri Haider al-Abadi mengumumka­n kemenangan pada Julai lalu di bandar kedua Iraq, Mosul, di mana Daish mengisytih­arkan pemerintah­an kalifahnya pada 2014.

Tentera Iraq kini menguasai 94 peratus bandar itu, 27 daripada 29 daerah termasuk pusat dan kubu, menurut Perintah Operasi Bersama (JOC) yang menyelaras­kan operasi anti-Daish di Iraq.

Pengumuman lewat Sabtu itu dibuat ketika menteri luar negeri dan pertahanan Perancis melawat Baghdad untuk meminjamka­n AS$512 juta (RM2.2 bilion) bagi membantu ekonomi Iraq yang berdepan penurunan harga minyak dan kos memerangi militan.

Sabtu lalu, unit itu turut bertempur dengan Daish di sekitar Al-Ayadieh, 15 kilometer dari utara Tal Afar yang terletak di laluan strategik antara wilayah dikuasai Daish di Syria dan Mosul, kata Abdulamir.

“Tujuh puluh peratus atau 1,155 daripada 1,655 kilometer persegi kawasan di Tal Afar, sudah dikuasai,” kata JOC. Kemaraan di Tal Afar jauh lebih pantas daripada di Mosul, yang jatuh ke tangan tentera Iraq selepas pertempura­n sembilan bulan.

Menurut pegawai, mereka berharap dapat mengumumka­n kemenangan sebelum Aidiladha yang disambut penduduk Iraq pada 2 September nanti. - AFP

 ??  ?? SEORANG askar Iraq menterbali­kkan bendera Daish selepas merampas beberapa kawasan penting di Tal Afar daripada kumpulan militan itu. - EPA
SEORANG askar Iraq menterbali­kkan bendera Daish selepas merampas beberapa kawasan penting di Tal Afar daripada kumpulan militan itu. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia