Harian Metro

Benam Alaves

 Barca teruskan momentum kemenangan

- AFP

Lionel Messi meledak dua gol dan menyaksika­n sepakan penaltinya diselamatk­an ketika Barcelona mengekalka­n permulaan sempurna bagi musim baru La Liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Alaves di laman lawan, awal pagi semalam.

Tanpa pemain baru Ousmane Dembele, yang melengkapk­an perpindaha­n kedua termahal dunia dengan harga 105 juta euro (RM535 juta) dari Borussia Dortmund kelmarin, atau Luis Suarez yang mengalami kecederaan, Messi memastikan Barca tidak ketinggala­n dalam perebutan kejuaraan di sebalik permulaan huru-hara di luar padang menjelang kempen kali ini.

Pemain Terbaik Dunia lima kali itu gagal menyempurn­akan sepakan penalti buat kali ke-20 sepanjang kariernya apabila Fernando Pacheco menghasilk­an tindakan penyelamat menakjubka­n pada pertengaha­n babak pertama.

Bagaimanap­un, kehebatan Messi tidak dapat dinafikan apabila percubaann­ya yang terbias membuka tirai jaringan sebaik selepas rehat sebelum merembat masuk sepakan voli bagi memastikan tiga mata.

“Kami gembira kerana berjaya mengatasi satu ujian getir,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Kami berjaya melepasi saat sukar, kami mengumpul enam mata dan kini boleh memikirkan perlawanan berikutnya.”

Persiapan pramusim Barca dikejutkan dengan kehilangan Neymar ke Paris Saint-Germain dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion).

Dembele dibawa masuk untuk menggantik­an pemain Brazil itu namun urusan pembelian Barca mungkin belum berakhir dengan usaha terakhir untuk membeli pemain Liverpool, Philippe Coutinho dijangka sebelum jendela perpindaha­n Sepanyol ditutup Jumaat depan.

“Kami harap menjelang 31 Ogos kami mempunyai pasukan yang lebih kompetitif,” jelas Valverde.

Alaves mengejutka­n Barca setahun lalu apabila menang di Nou Camp dan tuan rumah pasti kecewa apabila Ruben Soriano terlepas peluang terbaik ketika terikat 0-0 sebelum ditewaskan menerusi magis Messi.

Sementara itu, Koke meledak jaringan berganda ketika Atletico Madrid terus cemerlang biarpun tanpa Antoine Griezmann yang digantung perlawanan untuk merekodkan kemenangan pertama kempen musim ini dengan membelasah Las Palmas, 5-1.

Kami berjaya melepasi saat sukar, kami mengumpul enam mata dan kini boleh memikirkan perlawanan berikutnya”

Ernesto Valverde

 ??  ?? PENYERANG Alaves Tomas Pina (kiri) mengasak pergerakan Messi.
PENYERANG Alaves Tomas Pina (kiri) mengasak pergerakan Messi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia