Harian Metro

RED DEVILS TERUS MANTAP J

 Mourinho puji semangat juang pemain selepas tumbangkan Leicester

- Manchester AFP

ose Mourinho memuji ketabahan Manchester United ketika gol babak kedua menerusi Marcus Rashford dan Marouane Fellaini membantu mereka menundukka­n Leicester City yang lebih banyak bertahan 2-0.

United mendominas­i dalam tempoh yang panjang di Old Trafford awal pagi semalam, namun berdepan bahaya hilang permulaan bersih 100 peratus dalam Liga Perdana Inggeris selepas sepakan penalti Romelu Lukaku diselamatk­an Kasper Schmeichel.

Anak buah Mourinho terus mengasak dan Rashford, yang dibawa masuk sebagai pemain gantian beberapa minit terdahulu, akhirnya memberikan United gol pendahulua­n apabila dia merembat masuk 20 minit sebelum tamat.

Fellaini, yang turut hadir dari bangku simpanan, memastikan kemenangan ketiga berturut-turut United lapan minit sebelum tamat, sekali gus menyebabka­n Mourinho bangga dengan sikap mereka yang tidak berputus asa.

“Saya fikir kami bermain amat bagus. Benteng pasukan biru amat tersusun dan saya selalu memuji mereka. Mereka bertahan dengan baik,” kata Mourinho.

“Kami terlepas sepakan penalti tapi selepas itu saya menyaksika­n pasukan bermain dengan keyakinan. Kami berhak menang.

“Selepas gol itu saya perlu menyatakan kami amat bagus. Jika saya perlu memilih satu perkataan menggambar­kan pasukan saya, saya akan katakan mantap.”

Mourinho enggan menerima pujian terhadap penggantia­n pemain yang mengubah perlawanan itu dan lebih suka memuji pemainnya.

“Ia bukannya saya. Jika saya tidak memiliki mereka di bangku simpanan saya tidak boleh melakukan pertukaran pemain yang berjaya,” katanya.

“Pemain amat bagus dan bermotivas­i. Mereka bekerja keras, menanti peluang dan berjaya memecah benteng.”

Permulaan gemilang United - 10 gol dijaringka­n dan tidak dibolosi sebarang gol menyebabka­n sesetengah pihak menganggap pasukan pendahulu itu sebagai pilihan juara.

Jika saya perlu memilih satu perkataan menggambar­kan pasukan saya, saya akan katakan mantap”

Jose Mourinho

 ??  ?? RASHFORD pecah kebuntuan United. MOURINHO puas hati tahap permainan anak buah. PEMAIN United meraikan jaringan Fellaini.
RASHFORD pecah kebuntuan United. MOURINHO puas hati tahap permainan anak buah. PEMAIN United meraikan jaringan Fellaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia