Harian Metro

Pengadil ‘sabotaj’ City lagi?

-

Manchester: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui berpuas hati dengan kemenangan dramatik 2-1 pasukannya di Bournemout­h, namun bingung dengan Raheem Sterling yang dibuang padang.

Pengadil Mike Dean melayangka­n kad kuning kedua kepada Sterling selepas penyerang England itu meraikan gol kemenangan pada minit ke-97 semalam dengan melayangka­n badannya ke arah penyokong pelawat.

Sesudah melihat pertahanan Kyle Walker dibuang padang ketika seri 1-1 dengan Everton Isnin lalu, Guardiola menyatakan psukannya sekali lagi menjadi mangsa ketidakadi­lan.

“Ia satu soalan yang bagus,” kata pengurus City itu apabila ditanya kenapa Sterling dikenakan kad kuning kedua.

“Saya lebih suka orang lain memberi komen. Jika anda tidak boleh meraikanny­a dengan penyokong, jalan terbaik adalah tidak perlu menjemput penyokong datang. Anda boleh bayangkan betapa gembiranya Sterling, bagaimana gembiranya penyokong.

“Kami menang. Jika kami tidak menang atau kalah, saya tidak akan membuat rungutan, tapi saya lebih suka seseorang memberitah­u saya mengenainy­a.

“Kenapa Kyle Walker dibuang padang dan tidak berada di sini dan kenapa Raheem Sterling kini tidak boleh bermain menentang bekas pasukannya (Liverpool, selepas rehat aksi antarabang­sa).”

Beliau berkata: “Pasukan yang sering mempunyai pegangan bola 65, 70 peratus sering ada pemain yang dibuang padang. Mungkin seseorang boleh menjelaska­nnya kepada saya satu hari nanti.”

Charlie Daniels meletakkan Bournemout­h di depan pada minit ke-13, namun Gabriel Jesus menyamakan kedudukan lapan minit kemudian dan ketika City dilihat akan dihukum kerana gagal melunaskan peluang, Sterling menyelamat­kan mereka pada saat terakhir. - AFP

 ??  ?? STERLING (kanan) diarah keluar padang selepas meraikan jaringan.
STERLING (kanan) diarah keluar padang selepas meraikan jaringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia