Harian Metro

‘Saya tahu abah kuat’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Fadhil hadiah emas pecut berpasukan buat bapa terlantar sakit di HTAR

“Ini untuk abah.” Itulah reaksi pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis selepas memenangi acara pecut berpasukan, semalam.

Bapanya, Zonis Mokhtar, 54 tahun, kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sejak dua hari lalu susulan masalah buah pinggang dan kencing manis.

“Beliau baru dua hari dimasukkan kembali ke hospital. Sebelum ini terlantar di hospital selama tiga minggu.

“Ini untuk abah. Saya risau namun tahu abah kuat. Malah yakin saya dan rakan sepasukan boleh meraih emas,” katanya yang bertemu bapanya dua minggu lalu.

Selepas lebih empat tahun bersama trio lelaki negara yang dibarisi Muhammad Khairil Nizam Rasol dan Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin, Muhammad Fadhil gembira mampu meraih gelaran terbesar kariernya dalam saingan elit.

Hakikat itu diakui Shariz Efendi yang gembira pengorbana­n dan kerja keras mereka akhirnya berhasil.

“Ini sesuatu yang manis kerana sudah lama kami bersama dan kami hampir memecahkan rekod kebangsaan (44.725s) dan akan cuba melakukann­ya di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada Februari tahun depan,” menurutnya.

Barisan pelumba negara ternyata berada di kelas tersendiri apabila menamatkan saingan dengan masa 44.776s manakala Thailand terpaksa berpuas hati dengan perak dengan masa 45.735s.

Gangsa diraih Indonesia yang menewaskan Singapura dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Kecemerlan­gan skuad berbasikal negara diteruskan menerusi kejayaan Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan yang menewaskan Indonesia di final.

Mereka melakar catatan 34.671s sambil pasangan Indonesia melakukan 35.211s.

Terdahulu, dalam aksi kelayakan mereka merekodkan rekod baru kebangsaan 34.140s, memecahkan rekod sendiri 35.481s yang dilakukan awal tahun ini.

Ia adalah pingat emas ketiga dari Velodrom Nasional Malaysia selepas Irwandie Lakasek menyumbang emas pertama menerusi acara scratch.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? TRIO berbasikal dari kiri, Khairil, Shariz dan Fadhil memenangi emas acara pecut berpasukan, semalam. Gambar kecil, Fatehah (kiri) dan Farina.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR TRIO berbasikal dari kiri, Khairil, Shariz dan Fadhil memenangi emas acara pecut berpasukan, semalam. Gambar kecil, Fatehah (kiri) dan Farina.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia