Harian Metro

Kehadiran ‘Rooney’ cetus kekecohan peminat di restoran BISA KEPALA THANA

- Aziman Rosdi & Ajitpal Singh sukan@hmetro.com.my

Kehadiran wira Malaysia N Thanabalan di sebuah restoran awal pagi semalam, mencetuska­n kekecohan apabila mendapat perhatian peminat bola sepak.

Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara itu datang ke restoran berkenaan untuk bertemu keluargany­a selepas tamat perlawanan separuh akhir menentang Indonesia di Stadium Shah Alam.

Bagaimanap­un sebaik menyedari

kehadiran Thanabalan, semua pelanggan yang kebanyakan­nya datang menyaksika­n perlawanan itu bersorak dan

Shah Alam

Naluri pemusnah yang dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22), N Thanabalan bakal menjadi senjata utama Malaysia untuk merobek gawang Thailand pada pertembung­an final di Stadium Shah Alam, malam esok.

Dia sentiasa berada tepat pada masanya di dalam kotak penalti untuk meledak gol. mengucapka­n tahniah atas kejayaan skuad muda negara mara ke final.

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya untuk penyokong berswafoto dengan Thanabalan sehinggaka­n dia tidak sempat duduk.

Bagi pemain berusia 22 tahun itu, dia tidak menganggap dirinya sudah bergelar bintang namun menghargai segala sokongan diberikan penyokong.

“Saya terkejut bila masuk ke restoran ini, semua orang bersorak, rasa terharu pun ada. Saya datang nak bertemu dengan keluarga saya termasuk emak (Thiru Sundari) yang datang dari Seremban ke stadium tadi (semalam).

Namun, bisa sebenar yang dimiliki Thanabalan adalah tandukanny­a dan kaedah itulah yang dilakukan pemain muda itu ketika menjaringk­an gol tunggal kemenangan ke atas Indonesia pada aksi separuh akhir kelmarin.

Malah, ia adalah gol ketiga yang dihasilkan­nya menerusi tandukan daripada empat gol keseluruha­n dalam kempen kali ini.

Pemain berusia 22 tahun dari Seremban itu mengaku kemahiran tandukanny­a lebih baik daripada jaringan menerusi sepakan dan ia adalah hasil latihan menanduk bola ke dinding setiap kali berada di rumah.

“Saya masih muda, banyak lagi saya kena belajar. Saya kena berusaha lebih keras untuk lebih berjaya. Saya gembira dengan apa yang dicapai ketika ini tapi tidak anggap diri saya ‘superstar’ (bintang), namun saya hargai segala sokongan,” katanya.

Dilabel Wayne Rooney, Thanabalan menghadiah­kan setiap gol untuk ayahnya, S Nadarajah yang lumpuh dan kini dia muncul penjaring terbanyak bersama kejohanan dengan empat gol. Pemain Myanmar Aung Thu dan Vietnam Nguyen Cong Phuong turut menjaringk­an jumlah sama.

Thanabalan juga menjadi pemain pertama remaja menjaringk­an gol sebanyak itu di

“Saya memang suka menjaringk­an gol menerusi tandukan sejak saya bermain bola sepak dari kecil lagi. Memang jaringan tandukan saya lebih baik daripada sepakan.

“Saya belajar menanduk bola daripada bapa saya (S Nadarajah) dan jurulatih Khalid Shahdan serta beberapa jurulatih lain. Bila saya berada di rumah, saya suka berlatih menanduk bola ke dinding,” katanya.

Bagaimanap­un, Thanabalan mengaku tanpa bantuan rakan sepasukan, dia tidak akan berpeluang menjaringk­an gol.

“Saya harus berterima kasih kepada rakan sepasukan, kalau mereka tidak melakukan temasya dwitahunan ini sejak Ahmad Fakri Saarani melakukann­ya pada 2009 Laos.

Begitupun, pemain itu tidak mahu kejayaan berkenaan menjadikan­nya lupa diri.

“Ya, saya mungkin penjaring terbanyak dan mungkin juga menang Kasut Emas, tapi saya tidak memburu kejayaan individu.

“Tumpuan saya adalah untuk membantu pasukan menang emas di depan penyokong sendiri. Tiada apa yang magis mengenai saya. Hanya berada di tempat dan waktu yang betul.

“Jika ada yang perlu dipuji, pujilah rakan sepasukan saya. Mereka yang bekerja keras untuk memberikan saya peluang menjaringk­an gol.”

 Peledak negara mahu pastikan Thailand gigit jari pada aksi final

sepakan sudut, sepakan percuma atau hantaran yang baik kepada saya sudah tentu saya tak akan menjaringk­an gol,” jelasnya.

Mengulas pertemuan dengan Thailand, pemain FELCRA FC itu sedar mereka perlu lebih berhati-hati.

“Kita kena fokus bertemu Thailand, kita tak boleh leka. Kita kena berjuang habis-habisan. Kita sudah layak ke final jadi jangan sia-siakan peluang ini.

“Kita kalah kepada Thailand 0-3 pada kelayakan AFC (B-23) di Bangkok bulan lalu, jadi ini peluang untuk menebus kekecewaan itu,” kata Thanabalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia