Harian Metro

Akmal optimis skuad B-22 mampu tebus duka 2001

-

Bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berharap skuad bawah 22 tahun (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee dapat menebus kekecewaan final Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Beliau berkata, kekalahan 0-1 kepada Thailand 16 tahun lalu adalah antara peristiwa perit dalam kariernya tapi percaya pemain muda negara boleh melakukan lebih baik apabila bertemu juara bertahan itu di pentas akhir esok.

“Aksi final ini kalau diikutkan, kekuatan pemain kedua-dua pasukan sama. Pada aksi separuh akhir bertemu Myanmar, Thailand tidak

Kuala Lumpur terlalu kuat tapi Malaysia juga ada beberapa kelemahan perlu diatasi terutama di bahagian tengah yang agak longgar.

“Saya ingatkan kepada pemain supaya bersabar, jangan terlalu memikirkan untuk jaringkan gol dan cepat hilang bola.

“Kita boleh berasa yakin tapi bukan terlampau yakin dan jika pemain boleh berikan aksi terbaik, Insya-Allah kita boleh menang emas kali ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Malaysia layak ke final Sukan SEA buat kali ke-12 sejak 1959 selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam semalam.

Ini kali keempat skuad negara membuat perhitunga­n bagi emas dengan Thailand selepas 1975, 1977, 1981 dan 2001 dengan rekod satu kemenangan dan tiga kalah.

Akmal yang menjaringk­an satu gol ketika menewaskan Indonesia 2-1 untuk mengesahka­n tempat ke final 2001 mengingatk­an pemain supaya mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Pada aksi final dengan Thailand, kami diberi harapan tinggi sebab tak pernah kalah sejak pusingan awal. Tapi pada final, kami bermain baik cuma kesilapan minit akhir menghukum kami,” katanya.

Shah Alam apabila ayahnya, S Nadarajah yang lumpuh berikutan nahas jalan raya pada 2013, akan turut berada di Stadium Shah Alam untuk memberikan sokongan.

“Bapa saya memberitah­u hanya akan datang melihat saya bermain jika Malaysia masuk final. Ayah akan menggunaka­n kerusi roda nanti untuk berada di stadium,” kata Thanabalan.

 ?? Ong Kim Swee
FOTO: ?? Saya berharap kami dapat meneruskan momentum dan rentak cemerlang dan saya percaya kami akan dapat melakarkan keputusan positif” PEMAIN B-22 negara berlatih di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong, semalam.
Ong Kim Swee FOTO: Saya berharap kami dapat meneruskan momentum dan rentak cemerlang dan saya percaya kami akan dapat melakarkan keputusan positif” PEMAIN B-22 negara berlatih di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia