Harian Metro

Tak mahu harap tuah Stadium Shah Alam

-

Jurulatih skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu hanya bersandark­an kepada tuah beraksi di Stadium Shah Alam sebagai penentu kejayaan di pentas final menentang Thailand, malam esok.

Ini kerana beliau percaya, pertemuan dengan juara bertahan Thailand, faktor venue bukan jaminan untuk menang meskipun mereka sudah mencatat lima kemenangan berturut-turut di venue terbabit.

“Memang benar kita masih belum tewas di Shah Alam tetapi kita harus mengambil kira bahawa pertemuan menentang gergasi Asia Tenggara, venue tidak memberikan jaminan.

“Kita harus kekal berdisipli­n dan fokus. Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak kisah bermain di mana-mana dan jika bermain di Stadium Shah Alam, kami tetap akan meneruskan perjuangan.

“Apapun, saya berharap kami dapat meneruskan momentum dan rentak cemerlang dan saya percaya kami akan dapat melakarkan keputusan positif jika skuad negara bermain mengikut perancanga­n ketika berdepan Thailand nanti,” katanya.

Pada awalnya ada cadangan untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah baru tapi selepas mesyuarat penyelaras­an antara wakil Kementeria­n Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan aksi final itu kekal di Stadium Shah Alam. Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengganggu persiapan upacara penutupan Sukan SEA di SNBJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia