Harian Metro

Thailand tak gentar sorakan 80,000 penyokong Malaysia

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

aya tak bimbang dengan pemain nombor 12 Malaysia (N Thanabalan) kerana sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami mampu menyekat pergerakan­nya.”

Demikian nada keyakinan dilontarka­n tonggak pertahanan kental Thailand, Worawut Namvech yang bersedia untuk menyekat penyerang negara, Thanabalan daripada mencetak nama selaku penjaring pada aksi final malam esok.

Ujar pemain kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu, aksi berdepan tuan rumah bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan dia berjaya menggari Thanabalan.

“Kami sudah jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada bulan lepas di mana kami berjaya mencatatka­n

 Thailand tak bimbang Thanabalan, sebaliknya lebih risaukan bisa Safawi

kemenangan 3-0 pada saingan kelayakan Piala AFC di Bangkok.

“Dalam aksi itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain dan saya berjaya menghalang setiap pergerakan­nya.

“Saya sangat yakin dapat menjaganya sekali lagi walaupun dia amat popular ketika ini kerana menjaringk­an banyak gol untuk Malaysia di Sukan SEA,” kata pemain kelahiran Phuket itu.

Jelasnya lagi, dia lebih gentar dengan kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid yang memiliki sepakan kencang selain skil individu menarik.

“Bagi saya pemain nombor 6 (Safawi) lebih berbahaya daripada nombor 12. Kami kena pastikan tiada sebarang percubaan dari pemain itu kerana rembatanny­a cukup merbahaya kepada kubu kami,” katanya. Kuala Lumpur: Pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka mengaku tidak gentar dengan sorakan hampir 80,000 penyokong tempatan yang dijangka membanjiri Stadium Shah Alam pada aksi final acara bola sepak Sukan SEA menentang Malaysia, esok.

Jelas Worrawoot, berdasarka­n aksi separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, mental pemainnya langsung tidak terganggu meskipun lawan mendapat sokongan padu ribuan penyokong di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.

“Saya percaya pemain kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan pasukan Malaysia pada final ini, begitu juga dengan penyokong tuan rumah nanti.

“Pemain cukup matang untuk memastikan tidak terperangk­ap dengan permainan emosi dan akan memberi fokus sepenuhnya dalam perlawanan.

“Situasi sama juga kami tempuhi ketika menentang Myanmar apabila segenap penjuru stadium dipenuhi warna merah. Jadi saya yakin faktor penonton bukan masalah buat kami,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium MINDEF B, semalam.

Thailand yang mara ke final selepas menumbangk­an Myanmar 1-0 kini dalam misi memburu gelaran hatrik serta kejuaraan ke-16 keseluruha­n sejak 1959.

Worrawoot yang pernah memenangi dua pingat emas di Jakarta pada 1997 dan Brunei 1999 ketika bergelar pemain pasti lega kerana semua anak buahnya bebas daripada kecederaan.

“Semua dalam keadaan baik, tiada yang cedera harap semua pemain cergas sepenuhnya sebelum perlawanan final ini.

“Setiap perlawanan sukar dan sememangny­a Malaysia adalah lawan amat sukar terutama apabila bermain di Kuala Lumpur,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Thailand Rattanakor­n Maikami (kanan) bersama rakan sepasukan Worawut Namvech ketika sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir bola sepak menentang Malaysia di padang MINDEF, semalam.
PEMAIN Thailand Rattanakor­n Maikami (kanan) bersama rakan sepasukan Worawut Namvech ketika sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir bola sepak menentang Malaysia di padang MINDEF, semalam.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia