Harian Metro

Terjunan taraf dunia

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Jun Hoong raih emas acara 1 meter papan anjal individu wanita

Cheong Jun Hoong nyata tiada tandingan selepas penerjun berstatus juara dunia itu menepati ramalan memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu wanita, semalam.

Jun Hoong yang mencipta sejarah muncul juara dunia dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest bulan lalu, meraih 268.55 mata selepas lima terjunan.

Seorang lagi peserta negara, Jasmine Lai Pui Yee pula meraih perak (233 mata) manakala Ngo Phuong Mai dari Vietnam gangsa dengan catatan 207. 80 mata.

Meskipun belum pulih daripada Kuala Lumpur: Skuad taekwondo negara meraih pingat emas ketiganya dengan cara yang begitu dramatik pada aksi penentuan yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Aksi final Kyorugi lelaki bawah 68 kilogram (kg) membabitka­n atlet negara, Rozaimi Rozali yang berdepan cabaran atlet Filipina, Alven Alcantara menyaksika­n kedua-dua atlet terikat 17 mata di penghujung set ketiga dan perlawanan dijangka berlanjuta­n ke set penentuan.

Rozaimi mendahului 11-9 pada penghujung set kedua namun ketangkasa­n Alcantara mengutip mata demi mata menyebabka­n dia ketinggala­n 13-15 ketika pertengaha­n babak ketiga namun atlet berusia 23 tahun itu bangkit untuk menyamakan kecederaan belakang, Jun Hoong tetap mampu menghadirk­an emas untuk Malaysia.

“Walaupun sering beraksi di Sukan SEA, tetapi kali ini suasananya agak lain kerana mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.

“Ini adalah satu-satunya acara yang saya sertai pada temasya kali ini. Jadi selepas ini saya boleh berehat untuk meneruskan proses pemulihan kecederaan belakang,” katanya.

Jun Hoong juga tidak terkilan kerana tidak diturunkan untuk acara 10 meter platform yang menyaksika­nnya meraih emas di Budapest.

“Banyak lagi peserta muda yang dapat diketengah­kan untuk Sukan SEA. Ia pendedahan yang baik untuk mereka,” katanya yang menyertai Sukan SEA kali pertama pada 2003 di Hanoi.

Selain Jun Hoong, Malaysia turut membolot emas dalam acara 10 meter platform lelaki menerusi Ooi Tze Liang.

Penerjun negara itu mencatat 442.65 mata selepas enam terjunan mengatasi rakan senegara Chew Yiwei yang meraih perak dengan catatan 412.75 mata.

Gangsa milik peserta Singapura, Jonathan Chan Fan Keng yang meraih 367.90 mata.

 ??  ??
 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ?? JUN Hoong melakukan terjunan di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, semalam.
FOTO: AIZUDDIN SAAD JUN Hoong melakukan terjunan di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, semalam.
 ?? FOTO: ?? ROZAIMI (atas) tumbangkan Alcantara di KLCC, semalam.
FOTO: ROZAIMI (atas) tumbangkan Alcantara di KLCC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia