Harian Metro

Soufi, Emma lengkap dominasi boling padang

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Kuala Lumpur: Soufi Rusli dan Emma Firyana Saroji melakar sejarah acara perseorang­an boling padang lelaki dan wanita sambil Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruha­n selepas menjuarai tujuh daripada lapan emas dipertandi­ngkan.

Soufi, 30, menang 21-6 ke atas atlet Singapura, Lee Yuan Min di final untuk muncul pemain Malaysia pertama sejak Syed Mohd Syed Akil yang memenangi emas acara perseorang­an lelaki. Kali terakhir Malaysia muncul juara kategori itu menerusi Syed Mohd ialah pada 2001.

Soufi yang juga pemenang perak di Kejohanan Perseorang­an Piala Dunia tahun ini, mengharung­i peringkat kumpulan dengan agak gementar dan hanya layak ke final selepas mengalahka­n atlet Brunei, Abd Rahman Omar 21-20.

Emma yang muncul juara Kejohanan Juara Dunia di Australia pada 2015 meneruskan aksi cemerlang mengalahka­n Amaliah Matali dari Brunei 21-11 dan dinobatkan sebagai pemenang emas.

Dia muncul wanita Malaysia pertama yang memenangi kategori perseorang­an sejak sukan itu diperkenal­kan pada edisi 1999 Brunei.

Soufi berkata, dia tidak dapat melelapkan mata selepas tewas 13-21 kepada Elmer Abatayo dari Filipina pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

“Malam semalam (kelmarin) saya sekali lagi sukar untuk tidur. Mujurlah semuanya berjalan baik di final ini.

“Saya sudah menjangka akan menang selepas berjaya menjarakka­n diri di pertengaha­n aksi. Saya seronok apabila dapat menghadiah­kan sesuatu buat kontinjen Malaysia.”

 ??  ?? SOUFI diarak selepas meraih emas acara boling padang solo lelaki. Gambar kecil, Emma.
SOUFI diarak selepas meraih emas acara boling padang solo lelaki. Gambar kecil, Emma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia