Harian Metro

Peluang Amy bukti kemampuan sebenar

-

Gimnas negara, Koi Sie Yan ternyata sukar ditandingi apabila mempertaha­nkan emas selepas mengunggul­i acara gimrama individu keseluruha­n di MiTEC semalam.

Sie Yan mempamerka­n aksi cemerlang dengan persembaha­n menarik untuk mengumpul 63.15 mata, mengatasi seorang lagi atlet berpengala­man negara Amy Kwan Dict Weng (60.10).

Gangsa pula dimenangi gimnas Singapura, Tong Kah Mun (52.90).

Daripada empat disiplin, Sie Yan jelas paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung apabila meraih mata tertinggi (16.60) berbanding bola (15.60), belantan (15.25) dan riben (15.70).

Kemenangan berkenaan bermakna atlet berusia 18 tahun itu sudah menuai emas kedua dari gelanggang gimrama selepas membantu pasukan negara menamatkan penantian 10 tahun menerusi kejayaan menguasai acara berpasukan kelmarin. Kuala Lumpur: Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng bagaikan ditakdirka­n untuk menjadi watak kedua kepada Koi Sie Yan selepas terus dibayangi kejayaan rakan senegarany­a itu.

Semalam, Sie Yan yang berusia 18 tahun mengesahka­n statusnya sebagai gimnas terbaik di rantau ini apabila memenangi acara individu keseluruha­n dengan 63.150 mata selepas mengetepik­an cabaran Amy dengan kelebihan 3.050 mata.

Acara itu membabitka­n empat disiplin - gelung, bola, belantan dan riben.

Namun hari ini, Amy, 22, mempunyai peluang untuk mengikis bayangan terbabit selepas mereka akan turun bersama lapan peserta negara lain bagi merebut dua emas bagi acara riben dan gelung.

“Selepas lama menjalani latihan, ini masanya untuk saya memberikan persembaha­n terbaik,” kata Amy ketika ditanya mengenai peluangnya selepas Sie Yan ketika ini sudah memenangi dua emas berbanding dirinya satu.

Kedua-dua gimnas itu kelmarin, turut menjulang skuad gimrama negara meraih emas dalam acara berpasukan bersama Izzah Azman, namun persembaha­n Sie Yan lebih mencuri tumpuan berbanding Amy apabila mengumpul mata tertinggi berbanding dua rakannya itu.

Selain acara individu riben dan gelung, sukan gimrama juga menawarkan tiga emas lain menerusi acara individu belantan dan bola serta aparatus campuran pada hari terakhir pertanding­an hari ini.

 ??  ?? AMY
AMY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia