Harian Metro

‘Bukan niat kondem sesiapa’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Teguran Que Haidar berkenaan ‘pelakon kayu’ baru-baru ini mungkin dianggap keras sehingga mencetuska­n perasaan kurang senang segelintir pihak termasuk pengarah terkenal, Aziz M Osman yang membidasny­a semula.

Hakikatnya, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 38, berbuat demikian sebagai tanda sayangkan industri lakonan tanah air.

Kenyataan itu pun dibuat kerana perasaan kecewa apabila tiada seorang pun pelakon baru yang menghadiri bengkel lakonan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ditemui baru-baru ini, Que memberi contoh dirinya sendiri yang mengambil inisiatif belajar untuk memantapka­n lagi ilmu lakonannya sehingga berada pada tahap sekarang.

“Kalau tiada perasaan itu, tidaklah saya masuk Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam jurusan teater. Sebelum masuk industri seni pun, saya asal dari teater dan kemudian belajar. Itulah bukti seriusnya saya dalam kerja.

“Sebagai abang yang ‘senior’, selain tanggunggj­awab saya juga fikir sumbangan saya dengan berikan teguran dalam industri tapi bukanlah saya berniat nak kondem atau jatuhkan sesiapa,” katanya.

Menurutnya, stesen TV menggunaka­n artis kategori ini untuk populariti, tetapi apa inisiatif yang artis terbabit lakukan untuk memajukan diri sendiri?

“Saya selalu tanya diri saya, apa sumbangan dalam industri? Kalau tak banyak, sedikit pun tak mengapa, janji ada. Selain mengajar kepada mereka yang berminat, apa lagi sumbangan saya dalam industri?

“Jadi, saya anggap teguran itu sebagai sumbangan. Namun jika ada pihak anggap itu lain, saya tak boleh cakap apa,” katanya.

Mengulas mengenai respons Aziz, Que mengakui agak terkejut tetapi menegaskan tidak mempunyai masalah dengan pengarah itu.

“Saya pernah berlakon bawah arahan Abang Long (Aziz) dalam filem Senario Pemburu Emas Yamashita dan pelakon jemputan siri Puteri dulu.

“Hubungan kami sangat okey. Dia kata saya pun sama kayu dengan mereka tapi nak ingatkan bezanya dengan mereka, saya ada usaha nak baiki diri sebelum masuk industri dengan mempersiap­kan diri selengkapn­ya,” katanya.

Kalau tak kasar, tak jadi

Sebaik menceburi bidang lakonan, Que masih belajar sehinggaka­n sanggup mengeluark­an wang sendiri untuk belajar daripada

Tak kata Fattah Amin teruk

“Ada juga yang cuba mengaitkan komen saya dengan Fattah Amin. Itu dianggap seperti melagalaga­kan sedangkan saya cakap secara umum. Macam kelakar pun ada,” katanya.

Menurutnya, tindakan begitu kurang bijak kerana pihak berkenaan tidak menghubung­inya dan hanya mengambil kenyataan Fattah.

“Dia ada bakat tapi ilmunya masih kurang.

Saya tak kata dia teruk, cuma sebagai abang, saya memberikan nasihat dan kalau dia nak perbaiki diri apa salahnya?

“Dengan apa yang berlaku, ada ketikanya saya terasa malas nak tegur berkenaan industri tapi semangat dan sayang pada industri dan lakonan sangat besar. Apabila orang tak ambil serius pada lakonan, saya terasa sangat,” katanya.

Que berkata, mereka yang serius dengan apa yang dilakukan, sangat bekerja keras untuk kerjaya dan sanggup melakukan apa sahaja.

“Kalau tak boleh hormat kami yang senior, hormatlah kerjaya yang sedang diceburi. Mereka kena tahu apa kerja mereka.

“Ia bukan hanya datang set ‘on time’ dan hafal skrip kerana itu semua benda asas. Ada banyak lagi benda yang mereka perlu lakukan apabila berada dalam industri,” katanya.

 ??  ?? Dia kata saya pun sama kayu dengan mereka tapi nak ingatkan bezanya dengan mereka, saya ada usaha nak baiki diri sebelum masuk industri dengan mempersiap­kan diri selengkapn­ya
Dia kata saya pun sama kayu dengan mereka tapi nak ingatkan bezanya dengan mereka, saya ada usaha nak baiki diri sebelum masuk industri dengan mempersiap­kan diri selengkapn­ya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia