Harian Metro

Rebut wang tunai RM17,700

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Wang tunai berjumlah RM17,700 kini menanti pendengar setia stesen radio Hot FM menerusi peraduan Nyanyi Semula.

Peraduan Nyanyi Semula yang berlangsun­g dalam segmen Geng

Pagi Hot bersama tiga penyampain­ya Shuk,

Ajak dan Fizie memerlukan pendengar untuk mengikuti segmen popular itu sekali gus membuat panggilan ketika isyarat memanggil ke udara.

Pemanggil hanya perlu menyambung semula nyanyian klip lagu yang diperdenga­rkan dan sekiranya tepat, wang tunai terkumpul menjadi milik anda.

Satu lagi peraduan dianjurkan stesen radio itu ialah Drama Lirik Hot yang tiba ke kemuncakny­a apabila wang tunai berjumlah RM60,000 berjaya direbut pendengar.

Sepanjang enam minggu program itu berlangsun­g, ternyata sketsa yang dilakonkan Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah dan Hafidz Roshdi berjaya mencuri tumpuan ramai pendengar.

“Ada puluhan babak memerlukan saya dan Hafidz bergabung. Babak yang kami lakonkan diambil daripada jalan cerita dalam lagu popular,” kata salah seorang pelakonnya, Mira Filzah.

Selain itu, Hot FM juga baru saja menyelesai­kan misi jelajah Geng Pagi Hot FM ke beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Minggu terakhir menyaksika­n mereka bersama-sama peminat di Kuala Terengganu melakukan beberapa aktiviti termasukla­h bersiaran secara langsung dari luar konti.

Di sana juga, mereka turut disertai beberapa artis popular seperti

Wany Hasrita, Khai

Bahar dan Nabila Razali di samping bersama-sama menghayati demam

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsun­g.

Pada 30 September depan, Hot FM juga bakal membawakan Konsert Hot Kool Jam di lokasi sama.

Pendengar dan pengikut Hot FM boleh mendapatka­n maklumat lanjut menerusi laman media sosial rasmi dengan pelbagai informasi dikongsi dari masa ke semasa.

 ??  ?? AKTIVITI bersama peminat di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
AKTIVITI bersama peminat di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
 ??  ?? GENG Pagi Hot diterajui (dari kanan) Ajak, Shuk dan Fizie.
GENG Pagi Hot diterajui (dari kanan) Ajak, Shuk dan Fizie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia