Harian Metro

‘Lebih baik berdua saja’

- Michelle Gun michellegu­n@ hmetro.com.my

Se le pas dua tahun menubuhkan kumpulan Votez, anggotanya Meer Nash, Meeyo dan Joe Bazli mengambil keputusan mengikut haluan masingmasi­ng.

Walaupun keputusan itu sukar bagi mereka, Meeyo dan Joe nekad mengejar impian menjadi penyanyi berjaya.

Awal tahun ini, duo itu berganding menubuhkan kumpulan MJ, gabungan nama mereka berdua iaitu Meeyo Joe.

Menurut Meeyo atau nama sebenarnya Amirul Shariq Shukor, persahabat­an lama dengan Joe membuatkan dia lebih selesa terus bekerjasam­a dengan penyanyi itu.

“Saya kenal Joe sejak belajar di kolej dan kami menubuhkan kumpulan Voice of Tomorrow bersama seorang rakan pada 2013. Kemudian, kumpulan itu dibubarkan dan Meer menyertai kami pada 2014.

“Disebabkan kami sudah lama kenal, keserasian sudah ada dan kami juga sangat masak dengan perangai masing-masing,” katanya.

Jelas Meeyo, mereka tiada perancanga­n untuk rekrut anggota baru kerana perlu mengambil masa lama untuk suai kenal dan mencari keserasian.

“Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dengan kami. Namun, kami bukan bermaksud serik, cuma anggota baru memerlukan masa untuk suai kenal.

“Jadi, lebih baik berdua saja untuk memudahkan kerja dan senang mencapai kata sepakat.

“Lagipun, kami tidak mahu kekalkan nama Votez kerana mahu membuka buku baru,” katanya.

Menurutnya, dengan kumpulan baru ini, dia dan Joe dapat memperjuan­gkan muzik diminati iaitu pop rock.

“Ketika bersama Votez, lagu dipersemba­hkan adalah genre funk. Sekarang, kami mahu menghasilk­an lagu mengikut minat sendiri dan cita rasa pendengar,” katanya.

Dalam pada itu, Joe atau nama sebenarnya Muhammad Bazli Zakaria yakin kemunculan dengan kumpulan baru tidak akan mengeliruk­an peminat Votez.

“Peminat tidak keliru kerana kami masih mengekalka­n nama masing-masing. Lagipun, nama kumpulan mengabungk­an nama saya dan Meeyo,” katanya.

Bercerita lanjut, Joe berkata MJ sudah tampil dengan single sulung berjudul Delusi ciptaannya bersama komposer Sharon Paul.

“Sharon pernah menghasilk­an lagu Mana Dulu dan Propa untuk Votez. Dia menasihatk­an saya dan Meeyo supaya terus menyanyi dan tidak berputus asa.

“Untuk single ini, saya menghasilk­an lirik dan mencipta lagu dengan bantuan Sharon,” katanya.

Menurut Joe, sudah banyak perancanga­n

Meeyo, Joe

perjuang muzik diminati

menerusi MJ

dibincangk­an untuk masa depan kumpulan MJ antaranya mengeluark­an mini album dan mencipta lagu sendiri.

“Selain itu, kami juga merancang membuat persembaha­n sendiri termasuk di institusi pengajian tinggi kerana belum sempat melakukann­ya sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, dua sahabat ini memberitah­u mengusahak­an trak makanan menjual nasi lemak bersama seorang rakan pada Ramadan lalu.

Bagaimanap­un, menurut Joe, perniagaan itu terpaksa dihentikan sementara waktu untuk kerja memperbaik­i trak.

“Selain mencari rezeki dengan menyanyi, kami memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual nasi lemak, ayam merah dan rendang daging di Setapak, Kuala Lumpur.

“Perniagaan itu sudah setahun operasi dan kami sendiri menyediaka­n lauk,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MJ t ampil dengan
singlesulu­ng berjudul Delusi.
MJ t ampil dengan singlesulu­ng berjudul Delusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia