Harian Metro

Terkejut diterima orang Malaysia

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Jaz bermula sebagai ahli sukan dan pernah wakili

Brunei dalam permainan bola

sepak

Lagu Dari Mata pernah berkumanda­ng dan didengari di Malaysia menerusi drama bersiri Suri Hati Mr Pilot yang mencipta fenomena beberapa bulan lalu.

Namun, ramai yang belum mengenali penyanyiny­a, Jaz, 24, yang berasal dari Brunei Darussalam dan kini menetap di Jakarta, Indonesia.

Jaz ketika ditemu bual di Jakarta, baru-baru ini terkejut apabila ada peminat muzik Malaysia yang tahu mengenai single pertamanya itu.

“Saya teruja dan pada masa sama terkejut apabila ada pendengar dari Malaysia yang tahu mengenai lagu

Dari Mata. Saya sendiri tidak menjangkak­an lagu ini akan diterima baik di Malaysia.

“Saya tahu ia pernah dijadikan salah satu lagu selingan drama Suri Hati Mr Pilot dan saya yakin, sedikit sebanyak lagu ini dikenali kerana impak drama itu sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang melebarkan sayapnya ke Malaysia, Jaz tidak menolak.

“Kalau ada kesempatan dan ruang untuk saya, tentunya mahu. Insya-Allah, menjelang Oktober saya akan ke Malaysia untuk memperkena­lkan single ketiga.

“Saya akan dibawa Sony Music Malaysia ke stesen radio Malaysia untuk memperkena­lkan diri dan karya saya.

“Selain Dari Mata, saya juga memiliki single kedua berjudul Kasmaran yang nampaknya semakin mendapat tempat di hati peminat muzik,” katanya.

Ditanya mengenai latar belakangny­a, Jaz bermula sebagai ahli sukan.

“Saya pernah mewakili Brunei dalam sukan bola sepak. Kemudian berhenti dan berhijrah ke Indonesia sejak lima tahun lalu.

“Pada 2013, saya pernah membuat persembaha­n pada Anugerah Planet Muzik dan dari situ, saya mula diterima sebagai penyanyi dan ditawarkan untuk bernaung di bawah label Sony Music Indonesia pada waktu itu,” katanya.

Sehingga kini, video muzik Dari Mata sudah mencecah jumlah tontonan hampir 40 juta.

Terbaru, Dari Mata juga menjadi lagu tema dalam drama bersiri online, Switch yang menampilka­n beberapa pelakon antaranya Karina Salim, Morgan Oey, dan Tatyana Akman.

“Ini satu lagi batu loncatan untuk saya kerana Switch adalah drama online yang ditayangka­n di laman web www.viu.com dan aplikasi Viu sendiri pada setiap Khamis bagi episod terbaru.

“Tidak hanya ditayangka­n di Indonesia, ia juga disasarkan untuk tontonan penonton Malaysia. Tentunya ia akan sekali lagi membawa nama saya sehingga ke negara jiran,” katanya.

Insya-Allah, menjelang Oktober saya akan ke Malaysia untuk memperkena­lkan single ketiga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia