Harian Metro

DIgugur kerana permintaan seseorang

-

Kasihan SS mendengar kisah pelakon wanita ini apabila namanya digugurkan dari sebuah program realiti yang bakal berlangsun­g tidak lama lagi.

Menurut cerita yang disampaika­n kepada SS, pada mulanya pelakon wanita itu mahu menarik diri, namun dihalang pihak produksi. Dia diberitahu, jika ingin tarik diri, tunggu sehingga namanya tersingkir.

Akur dengan arahan itu, pelakon wanita terbabit meneruskan niat untuk bertanding.

Namun pada hari pelakon wanita itu perlu menjalani sesi fotografi promosi, dia dihubungi pengurusny­a dengan memaklumka­n namanya digugurkan daripada program itu.

Terkejut dengan khabar disampaika­n, pelakon wanita itu menangis. Timbul rasa geram dalam dirinya.

Bukan apa, SS difahamkan pelakon wanita itu terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon disebabkan ingin memberi komitmen kepada program itu.

Menurut rakan SS, selepas diselidik punca pelakon wanita ini digugurkan pada saat akhir kerana pengaruh isteri seorang daripada peserta yang bakal bertanding.

Rakan SS berkata, isteri peserta itu memberi pilihan kepada produksi sama ada ingin mengambil suaminya atau pelakon wanita itu. Jika mahukan suaminya, pelakon wanita itu perlu digugurkan.

Jika dibandingk­an populariti pelakon wanita itu dengan lelaki yang juga pelawak itu, sudah semestinya pelawak itu menjadi pilihan ramai.

Namun, pelakon wanita itu tidak menyimpan dendam kerana percaya rezeki Allah dan hukuman kepada mereka yang berkelakua­n khianat.

SS: Ada pelakon lelaki masih tidak boleh lupakan cinta lamanya walaupun sudah berkahwin dan memiliki anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia