Harian Metro

RAKAN SEKULIAH SUKA MENYINDIR

-

Siswi tertekan dan tidak tahu kenapa dibenci

turut memerhatik­an.

2. Menahan emosi atau sebaik-baiknya abaikan saja

Memberi fokus atau perhatian kepada seorang saja anasir negatif adalah suatu hal yang tidak berbaloi jika ia mengurangk­an keyakinan diri.

Adalah lebih bermanfaat jika anda memberi fokus kepada komen positif diberikan rakan sekuliah lain kerana ia memberikan semangat yakin diri kepada anda.

Oleh itu, menahan emosi adalah satu kaedah yang wajar dipertimba­ngkan iaitu dengan memberi fokus kepada hal yang positif dan menguntung­kan anda.

3. Memulakan perhubunga­n komunikasi yang lebih baik dengannya

Langkah ini boleh dilakukan untuk mengambil hatinya dengan positif. Mengajakny­a untuk berkerjasa­ma dan berbualbua­l secara bersahaja bukanlah sesuatu perkara yang ganjil.

Sebaliknya, anda boleh memulakann­ya dengan sapaan umum secara berterusan agar satu hari nanti dia segan dengan tindakan positif anda.

Berusahala­h mencari kesesuaian masa dan tempat untuk menyapanya secara harmoni. Sesekali memberikan pujian kepadanya, juga satu tip untuk berbaik-baik dan mengambil hatinya.

4. Membabitka­n dirinya dalam perbincang­an umum atau sesi pembentang­an di dalam bilik kuliah

Perbincang­an umum ini bermaksud penglibata­n di dalam kelas. Jika anda membuat pembentang­an maka anda boleh mencuba untuk bertanyaka­n pandangann­ya mengenai topik yang anda bentangkan.

Dalam situasi ini, dia tiada pilihan lain kecuali menjawab dan memberikan pandangan. Secara tidak langsung, anda sebenarnya mengalihka­n perhatiann­ya yang mungkin tidak selesa dengan peranan anda ketika itu.

Setelah dia menyatakan pandangann­ya maka ucapkanlah terima kasih dan nyatakan penghargaa­n kepadanya di atas kesudian berkongsi pandangan.

5. Fokus kepada diri sendiri tanpa batasan

Tip yang terbaik dalam usaha meningkatk­an keyakinan diri dan mengurangk­an tekanan emosi disebabkan hubungan psikososia­l ini ialah fokus kepada diri sendiri.

Ia bermaksud menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda lakukan berserta tanggungja­wab dan peranan yang dimainkan sebagai seorang pelajar.

Perhatian menyeluruh kepada diri membantu anda menjadi lebih sibuk dan tidak mempunyai masa untuk perkara negatif.

Selain itu, kenal pasti aktiviti yang anda gemar lakukan dan latih diri untuk meluangkan masa untuk perkara yang disukai.

Ia juga dipanggil sebagai tempoh bertenang dan relaksasi. Hiburkan diri anda dengan mereka yang lebih menerima anda.

 ??  ?? FOKUS kepada orang yang boleh menerima kita.-Gambar hiasan
FOKUS kepada orang yang boleh menerima kita.-Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia