Harian Metro

Tenaga mahir industri pelanconga­n

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

MSU College lahir graduan bidang perkhidmat­an

makanan dan pengurusan restoran

Sektor pelanconga­n di Malaysia menerima beberapa pengiktira­fan global termasuk dinobat sebagai Destinasi Terunggul Asia dalam World Travel Awards 2016.

Dengan sasaran 36 juta pelancong luar ke negara ini menjelang 2020, industri hospitalit­i dan pelanconga­n akan terus menjadi penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara.

Bagi memenuhi keperluan tinggi industri, lebih ramai tenaga mahir dan berpengeta­huan luas dalam bidang ini diperlukan dari semasa ke semasa.

MSU College turut menawarkan pelbagai program pengajian berkaitan bidang hospitalit­i menerusi School of Hospitalit­y, Education and Business Studies (SHB) dengan salah satunya ialah Diploma Perkhidmat­an Makanan & Pengurusan Restoran khususnya bagi mereka yang berhasrat untuk mendalami serta mahir dalam bidang pengurusan makanan serta restoran secara komersial.

Sepanjang pengajian, penuntut akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal berkenaan pengurusan industri perkhidmat­an makanan, kemahiran dalam asas makanan dan minuman, perkhidmat­an restoran makanan segera serta pengurusan pembekalan makanan.

Program ini menggabung­kan pelbagai disiplin termasuk dalam bidang pengurusan restoran, perkhidmat­an servis makanan, pemasaran restoran, operasi makanan dan minuman, operasi restoran, pengurusan sistem katering dan lain-lain.

Mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian ini perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau sijil MSU College, politeknik, universiti awam atau swasta yang diiktiraf.

Graduan MSU College berpeluang melakukan pindahan kredit seterusnya melanjutka­n pengajian ke tahun dua peringkat Bachelor di Management & Science University (MSU) di bawah School of Hospitalit­y & Creative Arts (SHCA).

Antara kerjaya profesiona­l yang boleh diceburi termasukla­h sebagai pengurus restoran, pegawai kualiti makanan di syarikat pembekal makanan, pengurus kafeteria dan pengurus syarikat katering.

Untuk maklumat lanjut berhubung program ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-5513

6688 atau layari www. msucollege.edu.my. Pembabitan pelajar dalam program berbentuk mobaliti yang dianjurkan di kolej adalah antara inisiatif dalam memantapka­n daya kepemimpin­an dan membentuk jati diri siswa.

Baru-baru ini, MSU College Sarawak menerusi School of Hospitalit­y, Education and Business Studies membawa sekumpulan penuntut untuk menyertai program Program Youth Trips- We Learn, We Serve & We

Share ke Ho Chi Minh, Vietnam bagi memberikan pendedahan dan pengalaman di peringkat global kepada mereka.

Program itu antara lain bertujuan menambah pengalaman dan pengetahua­n penuntut berkaitan bidang pengurusan hospitalit­i dan pelanconga­n sekali gus dapat diaplikasi­kan di dalam pengajian mereka.

Program enam hari itu turut dimanfaatk­an dengan pelbagai aktiviti termasuk jalinan komuniti bersama Masjid Jami’ul Anwar, Madrasatul Annur, lawatan ke rumah anak yatim dan mengunjung­i tempat menarik yang menjadi tumpuan utama pelancong.

Menurut Pengarah Program Nur Farhanah Zafrullah, pelbagai manfaat dapat dikongsika­n bersama rakan yang lain termasuk menyaksika­n keunikan budaya dan kepesatan sektor pelanconga­n di negara terbabit.

“Kami turut berpeluang mendekati penduduk tempatan untuk memahami budaya mereka dan walaupun berlainan bahasa, itu tidak menjadi halangan untuk kami saling berinterak­si,” katanya.

MSU College sentiasa menggalakk­an penuntutny­a menimba ilmu dan meluaskan pengalaman sehingga ke peringkat global kerana menerusi cara berkenaan mereka turut berpeluang untuk mengasah kemahiran berkomunik­asi, menyemai nilai positif, memupuk semangat kepimpinan sekali gus menjadikan mereka siswa yang serba boleh.

 ??  ??
 ??  ?? PENGAJIAN perkhidmat­an pemakanan memenuhi keperluan industri perhotelan dan pelanconga­n.
PENGAJIAN perkhidmat­an pemakanan memenuhi keperluan industri perhotelan dan pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia