Harian Metro

Tempuhi alam baru dengan kematangan

-

Selain akademik, cabaran jauh daripada pemantauan ibu bapa juga tidak boleh dipandang ringan

Antara gembira, tidak sabar, gementar dan pelbagai gelora perasaan yang bermain di jiwa untuk berhadapan fasa dalam kehidupan yang paling penting selepas waktu persekolah­an.

Suatu fasa kita akan menuju suatu tahap dalam kehidupan yang dipanggil sebagai mahasiswa.

Ada yang mula membuka gedung ilmunya pada 26 Ogos lalu dan yang paling akhir pula pada 6 September depan.

Inilah antara tempoh bagi tarikh pendaftara­n siswa baharu ke 20 UA bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf.

Pada suatu masa dahulu, kejayaan melanjutka­n pengajian ke menara gading bukan saja kejayaan individu, tetapi juga keluarga, kejiranan dan seisi kampung.

Cerita kejayaan ini pasti akan meniti dari bibir ke bibir dan menjadi inspirasi buat adik-adik yang sedang mendaki alam persekolah­an.

Berkongsi pandangan, Penolong Naib Canselor (Perancanga­n Strategik & Perhubunga­n Korporat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Madya Dr Afandi Ahmad berkata masa berubah dan berlari begitu pantas malah kesedaran peri pentingnya menuntut ilmu kelihatan semakin melebar.

Oleh itu, katanya, peluang bagi mereka yang berjaya mendapat tempat untuk menimba ilmu mesti dirai agar menjadi manusia berguna demi agama, bangsa dan negara.

Katanya, pada saat itu, hati anak yang berjaya ini melonjak membayangk­an megahnya kampus ilmu yang bakal dihuni untuk empat tahun berikutnya, tidak kurang juga ada rakan bermuram durja, dirundung kesedihan kerana gagal mendapat tempat.

“Universiti pada masa terdahulu juga mencabar, tetapi cabaran universiti hari ini jauh lebih laju degupannya.

“Jika tiada persiapan dilakukan sudah pasti universiti hari ini sangat sukar untuk kekal dihormati dan dirujuk, malah boleh jadi juga sudah tidak relevan.

“Pada suatu masa dahulu, semuanya menjurus kepada sistem konvension­al dan komunikasi satu hala.

“Pensyarah berdiri di depan menyampaik­an syarahan, makluman notis hanya menerusi papan kenyataan, temu janji pensyarah perlu diatur dengan menulis nota pesanan, bahan rujukan semuanya perlu ‘digempur’ rak buku perpustaka­an, hari ini semuanya nyata jauh berbeza,” katanya.

Dr Afandi berkata, hari ini penyampaia­n proses pengajaran dan pembelajar­an (P&P) semakin pelbagai, pembelajar­an berasaskan masalah (PBL), pembelajar­an berasaskan masalah berorienta­sikan projek (PoPBL), pembelajar­an berpusatka­n pelajar (SCL), massive open online courses (MOOC) perlu dilalui penuntut di universiti.

Katanya, sistem penilaian terhadap aspek kognitif, afektif dan psikomotor turut diadun bersama purata nilai gred kumulatif bersepadu (iCGPA) serta pelbagai lagi inovasi P&P demi manfaat siswa.

“Soalnya, bersediaka­h anak pelajar yang bakal memberi salam perkenalan kepada universiti ini untuk menghadapi­nya?

Katanya, selain daripada cabaran akademik, cabaran jauh daripada pemantauan ibu bapa juga tidak boleh dipandang ringan, iaitu kebebasan, kepercayaa­n dan tanggungja­wab.

“Benar, anak ini melalui pengajian STPM atau matrikulas­i/asasi, tetapi memadaikah laluan pengajian akademik ini untuk mengukur tahap kematangan mereka?

“Dengan dua bilion pengguna Facebook,

700 juta memiliki akaun Instagram, 889 juta pula aktif menerusi WeChat, cabaran untuk anak yang baru menginjak usia 19 tahun ini sangat rumit, sukar diramal dan penuh dengan ketidakpas­tian,” katanya.

Jelasnya, mereka mesti bertanggun­gjawab terhadap diri sendiri walaupun kelihatan seperti kunci kebebasan itu sudah diberi.

Dr Afandi yang juga pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Komputer, Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik menasihatk­an penuntut baru bersikap matang dalam beberapa aspek. vokasional yang dilahirkan dari universiti awam seperti Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris juga dibekalkan kemahiran yang sesuai untuk mendidik pelajar kolej vokasional bagi menjadikan mereka graduan mempunyai kebolehpas­aran tinggi,” katanya.

Sementara itu,

Pengarah KV Ekonomi Rumah Tangga Setapak (KVERTS) Fuzyah Abdullah berkata pandangan masyarakat khususnya ibu bapa berkenaan bidang vokasional yang menganggap­nya Pendidikan Vokasional sebagai kelas kedua mesti diubah.

Jelas beliau, walaupun kebanyakan pelajarnya KV hanya memiliki Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3), mereka berdaya saing di

 ??  ?? 1. BERPISAH dengan
keluarga menjadi pengalaman bermakna kepada mahasiswa baru.
2. AKTIVITI ketika haluan
siswa. mengeratka­n hubungan antara mahasiswa
baru.
3. MINGGU Haluan Siswa perlu ditempuhi penuntut
baru.
4. BERGELAR mahasiswa
antara...
1. BERPISAH dengan keluarga menjadi pengalaman bermakna kepada mahasiswa baru. 2. AKTIVITI ketika haluan siswa. mengeratka­n hubungan antara mahasiswa baru. 3. MINGGU Haluan Siswa perlu ditempuhi penuntut baru. 4. BERGELAR mahasiswa antara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia