Harian Metro

Bengkel untuk guru, pelajar

-

Menurutnya, 140 pelajar sekolah di sekitar daerah Johor Bahru Tengah menyertai Pertanding­an From Zero To Hero, salah satu aktiviti sempena STEM Day 2017 di UniKL MITEC Bandar Seri Alam, baru-baru ini.

“Selain From Zero to Hero yang berbentuk explorace bertemakan STEM, antara aktiviti yang diadakan ialah demonstras­i dron, fizik, pameran sains kreatif, STEM Apps Challenge, Meet The Scientists, ceramah malah bengkel bagi memberi pendedahan dan latihan kepada guru serta pelajar.

“Pengunjung menyertai sekurang-kurangnya empat aktiviti mendapat sijil penyertaan STEM Day,” katanya.

STEM Day 2017 dianjurkan dengan kerjasama Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA), Fakulti Sains Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor

(JPNJ) sempena Festival Pembelajar­an Iskandar (ILF 2017).

Dr Nor Ain berkata,

UniKL MITEC Bandar Seri Alam, Pusat Pendidikan Kejurutera­an (CEE) UTM, Kolej Tuanku Canselor UTM dan UiTM Pasir Gudang turut bekerjasam­a menjayakan program berkenaan.

Terdapat dua ucaptama semasa STEM Day yang disampaika­n Dekan Fakulti Pendidikan, UTM Profesor Dr Baharuddin Aris bertajuk Embedding Technology, HOTS, Culture and Values in STEM Education.

Manakala Dr Ihsan Ismail daripada Kementeria­n Pendidikan menyampaik­an ucaptama bertajuk Inisiatif Perkukuhan STEM.

Selain itu, pelbagai demonstras­i, ceramah, bengkel, kursus dan forum turut disampaika­n oleh pakar STEM daripada Fakulti Sains, Fakulti Pendidikan UTM; IRDA, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussien

Onn Malaysia (UTHM), Young Scientists Network, UTMSPACE dan syarikat seperti APG Plantation, Alexandria Books, Thinker Space serta Cryocord Malaysia.

Menurutnya, forum bertajuk Careers in STEM yang membincang­kan pengajian dan kerjaya dalam bidang STEM bersama moderator, Pensyarah

Kanan Fakulti Sains UTM Profesor Madya Dr Suhairul Hashim yang juga ahli

Young Scientists Network - Academy of Science Malaysia (YSN-ASM) turut diadakan.

Sementara itu, Koordinato­r Projek dari UniKl MITEC Khairul Firdaus Adrutdin berkata, kerjasama antara UTM,

UiTM dan IRDA adalah langkah positif dalam mempromosi­kan inti pati pembelajar­an sains dan teknologi untuk semua peringkat umur.

“STEM Day 2017 diisi dengan pelbagai perkongsia­n pengetahua­n dan kemahiran praktikal yang diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam mengaplika­sikan STEM.

“Keseronoka­n yang dialami terutama oleh pelajar dalam festival ilmiah yang julung kali diadakan diharap dapat menarik minat terutama pelajar sekolah terhadap STEM. Ini perlu kerana meningkatk­an modal insan dalam bidang STEM adalah keperluan negara kita hari ini,” katanya. -Fazurawati Che Lah

Pengunjung sertai sekurang-kurangnya 4 aktiviti dapat sijil penyertaan STEM Day

 ??  ?? DEMONSTRAS­I robot menarik minat pelajar. PELAJAR menyertai pertanding­an Matematik.
DEMONSTRAS­I robot menarik minat pelajar. PELAJAR menyertai pertanding­an Matematik.
 ??  ?? PELAJAR menjalani kajian dalam demonstras­i fizik.
PELAJAR menjalani kajian dalam demonstras­i fizik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia