Harian Metro

Sangkal salah faham mengenai beras wangi

-

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Fakulti Perhotelan, Pelanconga­n dan Seni Kulinari (SHTCA), Kolej Universiti KDU, kampus Utropolis Glenmarie menganjur acara istimewa dengan menyediaka­n kepakaran kulinari melalui bengkel memasak media Beras Wangi Jasmine.

Program anjuran Kedutaan Diraja Thailand Kuala Lumpur dan Jasmine Food Corporatio­n disokong Tefal Malaysia itu bertujuan menyangkal salah faham orang ramai mengenai beras wangi yang dikatakan punca penyakit tanpa bukti saintifik.

Selain itu, ia mempromosi­kan keaslian dan keunikan Beras Hom Mali (Jasmine SunWhite) dan Beras Thai Healthy Color Rice (Jasmine ThaiRed dan Jasmine BlackBerry).

Tanggapan umum terhadap beras ialah kandungan indeks glikemik lebih rendah berbanding makanan lain seperti roti, mi dan kek.

Namun pakar pemakanan seluruh dunia semakin menyedari manfaat pemakanan nasi sebagai makanan tenaga dan bekalan nutrien yang kaya dengan karbohidra­t kompleks untuk sumber tenaga badan.

Acara itu diserikan dengan kehadiran Duta Thailand di Malaysia H E Damrong Kraikruan semasa bengkel memasak media dijalankan manakala Biro Pakar Jabatan Beras di Kementeria­n Pertanian dan Koperasi Thailand Dr Varapong Chamarerk Thailand berkongsi pengalaman­nya mengenai beras wangi kepada media.

Damrong Kraikruan berkata tiada produk makanan yang lebih baik selain Beras Wangi Thai bagi rakyat Malaysia.

Katanya, kini beras yang dieksport diiktiraf melalui sijil Fitosanita­ri dan Kualiti oleh pihak berkuasa Thailand untuk memastikan bekalan negara itu ke seluruh dunia adalah standard berkualiti tinggi.

Sementara itu, Naib Canselor KDU Profesor Dr Hiew Pang Leang berkata acara itu menjadi batu loncatan kepada KDU untuk mengadakan lebih banyak kerjasama bagi mendidik orang awam dan sektor swasta.

 ??  ?? DR Hiew (empat dari kiri), menyerahka­n cenderamat­a kepada H E Damrong.
DR Hiew (empat dari kiri), menyerahka­n cenderamat­a kepada H E Damrong.
 ??  ?? DR Mary Yap
DR Mary Yap
 ??  ?? H E Damrong melakukan demonstras­i memasak.
H E Damrong melakukan demonstras­i memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia