Harian Metro

MICKEY & 30 FESTIVAL MUZIK

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Dapat peluang saksi band kegemaran beraksi dengan daftar

sebagai sukarelawa­n konsert

Muzik menjadikan kita lebih kreatif. Banyak kajian berkaitan hal ini dijalankan dan mendapati fakta ini benar. Oleh itu kita lihat ramai antara kita malah pasangan muda mendaftar anak mereka di kelas muzik.

Gadis berasal dari London, United Kingdom, Mickey, 25, berkongsi obsesinya terhadap muzik sejak kecil.

Meskipun genre lagu yang didengar berbeza daripada remaja biasa, baginya ia mempunyai keunikan tersendiri.

“Saya minat lagu bergenre keras. Tak seperti remaja biasa yang sukakan R & B, hip Hop atau Pop. Walaupun genre ini dianggap bingit, tapi ada kesukaran dalam berkarya.

“Minat ini datang bukan daripada kawan tapi sejak kecil diperdenga­rkan dengan lagu seperti dendanganL­ed Zappelin, Kiss dan Iron Maiden oleh ibu bapa saya sendiri. Sebab itu boleh dikatakan saya ‘obses’ dengan genre rock,” katanya.

HELLFEST PALING ‘GEMPAK’

Ditanya sejauh mana obsesinya terhadap karya muzik keras, Mickey berkata, pada usia 25 tahun, dia sudah ke 30 jenis festival muzik yang berbeza.

“Kebanyakan­nya di seluruh Eropah dan setiap satu pasti ada band kegemaran saya yang beraksi. Antara yang paling ‘gempak’ pernah saya pergi, Hellfest di Itali dan Glastonbur­y di England.

“Selalunya, festival muzik di Eropah jarang sekali diadakan sehari dua seperti di Asia. Paling kurang tiga hari dan akan sediakan ruang berkhemah dan tempat parkir karavan. Jadi, pengunjung lebih rapat dan seronok,” katanya.

Kenangan yang tidak akan dilupakan apabila dia pernah dipanggil naik ke pentas ketika band Bring Me The Horizon beraksi dengan disaksikan lebih 10,000 penonton.

“Perasaan waktu itu cukup ‘gila’. Daripada 10,000 orang, saya ditarik naik di atas pentas dan diberikan CD dan ‘merchandis­e’ band saya suka. Itu paling ‘epik’ untuk saya,” katanya.

JADI SUKARELAWA­N

Mickey berkata, ada rakan bertanya bagaimana dia mampu ke festival muzik yang tiket berharga ratusan ringgit. Jelasnya, tip untuk turut serta dalam konsert atau festival adalah dengan memohon menjadi sukarelawa­n lebih awal dari tarikh acara.

“Boleh dikatakan separuh daripada festival itu saya menjadi sukarelawa­n. Jadi tak perlu bayar harga tiket, cuma bantu penganjur memastikan perjalanan acara lancar dengan beberapa tugas khas diberikan, itu saja,” katanya.

LEBIH FAHAM LAGU

Jika gitar terlalu biasa dimainkan, Mickey memilih bass untuk membuatkan dia lebih menghayati karya band kegemarann­ya. Katanya, kesukaran mencipta lagu itu akan lebih difahami sekiranya kita sendiri cuba memahaminy­a dengan memainkan lagu terbabit.

“Band paling saya suka adalah Motorhead dan banyak lagi seperti band metal dari Sweden dan Finland. Kenapa saya tak sukakan genre lain? Bagi saya muzik itu perlu dilengkapk­an dengan instrumen. Kalau sekarang direka cipta dengan komputer, itu mudah. Malah siapa saja boleh cuba,” katanya.

“Dulu, saya pernah diejek kerana sukakan genre orang susah nak faham. Bagi saya, jika suka sesuatu teruskan dan jangan ambil kisah cakap orang lain. Kalau muzik itu boleh jadikan anda kreatif untuk berkarya atau apa saja, kenapa perlu ubah dengan mengikut orang lain?” katanya.

 ??  ?? MICKEY (kiri) dan rakannya di Hellfest, London 2016.
MICKEY (kiri) dan rakannya di Hellfest, London 2016.
 ??  ?? FESTIVAL Equinox 2017.
FESTIVAL Equinox 2017.
 ??  ?? PONDOK kecil disediakan kepada sukarelawa­n di Tribe Festival 2017.
PONDOK kecil disediakan kepada sukarelawa­n di Tribe Festival 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia