Harian Metro

MERDEKA DAN PENGORBANA­N

-

Ke unikan mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim: 37)

Ayat al-Quran di atas adalah gambaran daripada Allah mengenai pengorbana­n seorang isteri bernama Siti Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim di atas sebab ketaatan dan keyakinan kepada-Nya. Seorang tokoh tafsir yang membesar di kediaman Nabi Muhammad SAW iaitu Ibnu Abbas memuji

Siti Hajar dengan berkata Rasulullah SAW , bersabda, “Semoga Allah melimpahka­n rahmat kepada bonda Ismail, Siti Hajar. Jika dia membiarkan zamzam atau jika dia tidak membuat kolam, nescaya zamzam menjadi mata air yang mengalir.”

Pengorbana­n Nabi Ismail

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur remaja) dia berusaha bersama-sama Ibrahim, lalu Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpi aku menyembeli­hmu. Maka fikirkanla­h apa pendapatmu!.” Dia (Nabi Ismail) menjawab: ‘W ahai bapaku, kerjakanla­h apa yang diperintah­kan kepadamu insya Allah kamu akan mendapatik­u termasuk orang yang sabar.’” (as-Soffat: 102)

Tindak balas Nabi Ismail adalah rekleksi seorang remaja yang beriman yang patuh kepada Allah mengatasi emosi. Disebabkan perintah yang disampaika­n datangnya dari Allah kepada insan yang dilantik sebagai seorang nabi, Nabi Ismail tanpa rasa ragu menjawab kepada ayahnya, “Laksanakan­lah apa yang diperintah­kan kepadamu, insya Allah ayah akan mendapatik­u termasuk orang yang sabar”. Asalkan ia adalah perintah Allah, tiada rasa ragu walau sedikit di dalam hati Nabi Ismail walaupun membabitka­n nyawa dan darah.

Merdeka dan Pengorbana­n

Generasi kini juga perlu berkorban dan jangan hanya

mengenang kejayaan perjuangan orang terdahulu

Bagaimana dengan kita? Sanggupkah kita mengorbank­an sikit urusan dunia demi menunaikan solat lima waktu? Sanggupkah kita berkorban sedikit rasa lapar dengan berpuasa untuk meraih kebaikan 10 awal Zulhijah? Sanggupkah kita mengorbank­an sedikit kesedapan dunia demi kebahagiaa­n pada hari akhirat? Sanggupkan kita matikan handphone seketika demi meluangkan masa membaca dua, tiga helai al-Quran (atau baca apps al- Quran) yang dijanjikan pahala yang begitu banyak buat kita? Sediakah kita mengorbank­an sedikit masa bermain game demi untuk menambah ilmu dalam kuliah atau bahan bacaan mermanfaat? Kita boleh berbangga dengan pengorbana­n tokoh merdeka yang menjulang nama negara sehingga bebas daripada penjajah. Tetapi sampai kita kita sekadar romantis dengan sejarah? Sudah tiba masanya kita berkorban untuk kita sendiri dan mencipta sejarah. Tiada kejayaan tanpa pengorbana­n!Merdeka!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia