Harian Metro

Demi minda cerdas, tubuh cergas

- Yusliza Yakimir A bd Talib yusliza@hmetro.com.my

Sari pati ayam bantu tingkat daya tumpuan mental, kekal kesejahter­aan emosi

Anda adalah apa yang anda makan menjadi frasa yang sering digunakan ibu bapa dan pakar pemakanan.

Ini kerana makanan yang dimakan oleh seseorang itu melambangk­an kesihatan mental, emosi dan fizikal yang turut memberi kesan secara langsung kepada kesejahter­aan keseluruha­nnya.

Mendapatka­n asas pemakanan yang tepat dapat memastikan mental dan daya tumpuan anda fokus untuk produktivi­ti yang lebih baik, membantu menangani stres dengan lebih berkesan serta memberi tenaga secukupnya kepada tubuh untuk melakukan aktiviti seharian.

Bagaimanap­un, menyediaka­n minda dan tubuh dengan pemakanan yang betul sering diabaikan kerana gaya hidup sibuk yang menentukan bila dan apa yang kita makan, berbanding apa yang kita perlu ambil.

Oleh itu, jenama makanan kesihatan, Brand’s mengingatk­an masyarakat di Malaysia supaya mengekalka­n kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan dalam menjalani hidup dengan potensi sepenuhnya di samping sentiasa memberi prestasi terbaik tanpa mengira usia.

Pakar Pemakanan Indra Balaratnam berkata, makan dengan betul perlu menjadi amalan sepanjang hayat bagi memastikan minda dan tubuh berprestas­i pada tahap optimum.

“Usaha perlu dibuat bagi menggabung­kan diet dan pemakanan yangbaik tanpa mengira usia sama ada anda adalah pelajar muda, ahli profesiona­l berkerjaya, ibu yangsibuk atau menikmati hari-hari pada usia emas.

“Pengambila­n makanan yang betul dengan diet yang seimbang serta rehat mencukupi bukan saja memberikan tenaga dan kejelasan mental, malah meletakkan anda dalam rangka emosi minda yang betul bagi membantu menguruska­n stres dengan lebih baik,” katanya ketika sesi perbincang­an panel inisiatif kesedaran Brand’s Feed Your Mind and Body baru-baru ini.

Dua pelajar cemerlang

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, masing-masing berumur 18 tahun, Yang ChongSheng­dan Lee Zhi Xuan turut dijemput bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Kedua-duanya adalah penerima Anugerah Brand’s Smart Achievers, program tahunan yangmengik­tiraf prestasi cemerlang pelajar yang berjaya dalam keduadua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulu­m.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 24 pelajar yangmeneri­ma ganjaran hadiah wangtunai kerana cemerlang dalam peperiksaa­n PT3, SPM, STPM dan peperiksaa­n peringkat universiti, tahun lalu.

Yang dan Lee berkata, minda dan tubuh yangsihat digandingk­an dengan sikap positif membolehka­n mereka berprestas­i terbaik setiap hari bagi mencapai tahap cemerlangd­alam kedua-dua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulu­m.

Sementara itu, ahli saintis neuro, Dr Jack W ongJin Lin yangjuga ahli saintis kanan di Brand’s Suntory Internatio­nal, turut berkongsi data sains di sebalik sari pati ayam serta menerangka­n bagaimana ia dapat mengurangk­an keletihan fizikal, memperting­katkan daya tumpuan mental dan mengekalka­n kesejahter­aan emosi.

Katanya, peningkata­n peredaran darah dan aliran oksigen ke otak dan tubuh menghindar­kan dari kelesuan mental dan fizikal, selain mengurangk­an kebimbanga­n dan hormon stres, kortisol, supaya keupayaan untuk kekal peka atau fokus tidak terjejas.

“Sari pati ayam ini adalah suplemen makanan semula jadi yangtidak mengandung­i garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak, menjadikan­nya sesuai diambil setiap hari bagi membantu merangsang minda dan tubuh,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kesedaran itu pihak syarikat itu komited dalam menyuburka­n minda dan tubuh masyarakat di seluruh negara dengan mengagihka­n sebanyak 100,000 botol sari pati ayam.

Menerusi inisiatif yang berlangsun­gdari Julai hingga penghujung bulan ini, pasukan persampela­n akan berada di lokasi bertrafik tinggi termasuk di stesen LRT, bangunan pejabat, pusat beli-belah, universiti dan plaza tol.

 ??  ?? Sari pati ayam ini adalah suplemen makanan semula jadi yang tidak mengandung­i garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak, menjadikan­nya sesuai diambil setiap hari bagi membantu merangsang minda dan tubuh DR Wong (kiri ) dan Indra (tiga dari kiri)...
Sari pati ayam ini adalah suplemen makanan semula jadi yang tidak mengandung­i garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak, menjadikan­nya sesuai diambil setiap hari bagi membantu merangsang minda dan tubuh DR Wong (kiri ) dan Indra (tiga dari kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia