Harian Metro

Sengkuap pada bahagian depan

- DARI MUKA 15

Katanya, pengalaman sendiri ketika melakukan aktiviti kecergasan seperti berjoging dan aerobik kirakira lima tahun lalu menjadi sumber inspirasi untuknya melakukan kajian terhadap fabrik terbaik untuk aktiviti riadah.

“Agak sukar sebenarnya memilih tudung sesuai untuk bersukan. Ketika itu pilihan yang ada hanya tudung bawal yang fabriknya agak tebal dan tidak menyerap peluh.

“Dari situ timbul idea untuk mencipta tudung menggunaka­n material serap peluh dan sejuk. Saya ambil masa beberapa bulan untuk membangunk­an produk ini bermula dengan melakukan kajian pasaran.

“Pada awal 2012, masih tiada lagi pasaran tudung hijab di negara ini, yang ada hanya beberapa jenama dari luar negara yang mengeluark­an produk itu. Pada 2013 saya mengeluark­an produk pertama iaitu hijab sukan pro yang menyasarka­n sukan tertentu seperti larian, larian jarak jauh, menembak dan berbasikal,” katanya.

Menyasarka­n Muslimah yang aktif, Dr Nurul Shahnaz yang juga pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, seterusnya menghasilk­an rekaan hijab sukan standard yang diberi potongan lebih panjang berbanding hijab sukan pro.

Dilengkapi sengkuap pada bahagian depan tudung, ia membuatkan muka pemakai lebih bujur selain tidak mudah rosak jika memakai topi keledar selain penjagaann­ya juga mudah.

Koleksi itu didatangka­n dengan saiz bermula M hingga XL supaya dapat memberi lebih banyak pilihan untuk pelanggan.

Kedua-dua produk itu sesuai untuk sebarang jenis sukan, sama ada maraton, bola jaring, olahraga atau senaman di gim, ia pasti memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai.

Potongan lebih pendek hijab sukan pro menjadikan tudung ini lebih berciri aerodinami­k, melekap di muka dan sesuai untuk sukan lasak seperti triathlon atau larian jarak jauh kerana ia mudah dimasukkan ke dalam baju.

Material mikro fiber khusus untuk aktiviti bersukan yang diguna

Raqtive membuatkan hijab itu cepat meresap dan menyejat peluh. Ia cepat kering, tidak berbau dan ringan, berbeza dengan fabrik likra yang mudah meregang tetapi lambat menyejat peluh.

Hijab sukan pro dilengkapi garisan pemantul cahaya di bahagian belakang tudung bagi memudahkan mereka yang bersukan pada awal pagi atau malam dilihat.

Hijab sukan standard mempunyai 21 warna pilihan termasuk kombinasi warna sengkuap dan badan tudung.

Dr Nurul Shahnaz berkata, sempena Sukan

SEA Kuala Lumpur 2017 juga, jenama itu turut menaja hijab sukan untuk atlet bertudung yang bertanding dalam 13 sukan antaranya hoki dan bola jaring. -Yusliza Yakimir Abd Talib

Sesuai untuk semua jenis sukan dan beri keselesaan maksimum kepada pemakai

 ??  ?? DR Nurul Shahnaz (kanan) sentiasa memastikan kualiti terbaik untuk
tudung rekaannya.
DR Nurul Shahnaz (kanan) sentiasa memastikan kualiti terbaik untuk tudung rekaannya.
 ??  ?? DR Nurul Shahnaz.
DR Nurul Shahnaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia