Harian Metro

Pakar bedah kongsi pengalaman

- Yusliza Yakimir A bd Talib yusliza@hmetro.com.my

KPJ Ampang sebagai hab pembelajar­an pertama untuk pengurusan kesakitan di Malaysia

KPJ Ampang mencipta sejarah sejak 22 tahun penubuhann­ya dengan mengumumka­n hospital itu sebagai hab pembelajar­an pertama untuk pengurusan kesakitan di Malaysia.

Dengan kerjasama Hospital Teun Teun di Korea Selatan pusat perubatan itu berharap dapat menjadi platform kepada semua pakar bedah tulang belakang dan ortopedik dari seluruh negara dan dunia bagi bertukar-tukar serta berkongsi pengalaman atau kepakaran dalam mewujudkan rangkaian pakar berpengala­man di segi pengurusan kesakitan.

Pengarah Perubatan KPJ Ampang Datuk Dr Abdul Wahab Abdul Ghani berkata, pusat pembelajar­an berkenaan akan menganjurk­an seminar setiap suku tahun untuk semua pakar bedah tulang belakang dan ortopedik di Malaysia atau luar negeri secara percuma untuk setahun akan datang.

Beliau yang juga Pakar Pengurusan Kesakitan KPJ Ampang berkata, hospital itu sudah memperjuan­gkan perkhidmat­an Pengurusan Kesakitan selama lebih sembilan tahun.

“Pada 2008, kami adalah yang pertama memperkena­lkan perkhidmat­an pengurusan kesakitan di KPJ dan hab pembelajar­an ini adalah satu lagi langkah ke depan untuk kami.

“Ini cara kami berkongsi kepakaran dan pengetahua­n yang diperoleh sepanjang tahun dengan pakar pengurusan kesakitan lain di seluruh negara dan dunia. Kami sangat gembira Hospital Teun Teun komited untuk menjadi sebahagian daripada program ini,” katanya pada majlis pelancaran Hab Pembelajar­an Pengurusan Kesakitan, baru-baru ini.

Lebih 30 doktor dari seluruh negara hadir dan tiga kes disiarkan secara langsung dari bilik bedah KPJ Ampang ke bilik persidanga­n, yang pakar bedah bebas bertanya mengenai prosedur dijalankan.

Perkhidmat­an Pengurusan Kesakitan menawarkan pilihan rawatan komprehens­if untuk pesakit yang menderita sakit tulang belakang kronik. Pilihan rawatan termasuk perkhidmat­an pemulihan dan penilaian psikologi dan rawatan, lisis pelekatan epidural, radiofreku­ensi lesioning dan denyutan sekatan saraf, nukleo dan annuloplas­ti serta dekompresi tulang belakang endoskopik.

Pembabitan Hospital Teun Teun dalam penubuhan hab itu juga didasarkan pada hubungan rapat kedua-dua hospital menerusi Dr Abdul Wahab dan Dr Lim Kang Teak, ahli bedah saraf Hospital Teun Teun yang terkenal dalam bidang berkenaan.

Sesi pembelajar­an bukanlah amalan yang tidak biasa dilakukan kerana kedua-dua hospital itu sudah bekerjasam­a sejak empat tahun lalu bagi penganjura­n pelbagai seminar pengurusan kesakitan yang menarik kehadiran pakar bedah tulang belakang di dalam dan luar negara.

 ??  ?? Ini cara kami berkongsi kepakaran dan pengetahua­n yang diperoleh sepanjang tahun dengan pakar pengurusan kesakitan lain di seluruh negara dan dunia
DR Abdul Wahab (kanan) bersalaman dengan Dr Lim sebagai simbolik pelancaran
hab pembelajar­an...
Ini cara kami berkongsi kepakaran dan pengetahua­n yang diperoleh sepanjang tahun dengan pakar pengurusan kesakitan lain di seluruh negara dan dunia DR Abdul Wahab (kanan) bersalaman dengan Dr Lim sebagai simbolik pelancaran hab pembelajar­an...
 ??  ?? DR Abdul Wahab (tengah) dan Dr Lim bersama sebahagian peserta.
DR Abdul Wahab (tengah) dan Dr Lim bersama sebahagian peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia