Harian Metro

Pupuk budaya sihat sambil berseronok

- Yusliza Yakimir A bd Talib yusliza@hmetro.com.my

Se lain rutin senaman, menari antara aktiviti menarik yang mampu meningkatk­an kesihatan dan kesegaran tubuh. Selain itu, tarian dengan kombinasi unik daripada latihan fizikal, interaksi sosial dan tumpuan dapat membantu menghilang­kan tekanan, menambah tenaga dan stamina serta meningkatk­an kekuatan otot tubuh.

Tidak hairan tarian moden seperti zumba, hip hop dan zafina semakin diminati ramai tidak kira usia dan latar belakang hingga rutin tarian itu dijadikan kaedah menyeronok­kan untuk meningkatk­an kesihatan.

Menyedari kesedaran mengenai gaya hidup sihat melalui tarian semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, studio tarian Funky Fresh Studio dengan kerjasama Studio Fitspace 66 menganjurk­an program tarian Funky Fit Fever 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program berbentuk tarian kecergasan itu menawarkan koreografi gerak tarian yang mudah diikuti serta diiringi pelbagai genre muzik yang menyeronok­kan.

Hari ini, senaman bukan lagi aktiviti bosan yang dilakukan untuk penjagaan kesihatan semata-mata. Senaman kini mempunyai pelbagai fungsi seperti mengubah mood, meningkatk­an keyakinan dan harga diri, mengubati trauma serta menjalinka­n hubungan silaturahi­m sesama mereka yang aktif melakukan tarian kecergasan.

Program menggabung­kan pelbagai tarian kecergasan itu menarik minat lebih 500 peserta pelbagai peringkat umur dan menariknya, ia turut disertai masyarakat berbilang bangsa.

Pengarah Urusan

Funky Fresh Studio Siti Hadzrah Abd Rahim dan Pengasas Studio Fitspace

66, Azlena Maria Abu

Bakar berkata, aktiviti tarian kecergasan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, oleh itu program berkenaan diadakan khusus untuk mempromosi kesihatan dan kecergasan melalui tarian.

Tarian bukan saja dapat menjadikan regim senaman yang menarik malah memupuk budaya hidup sihat di saat negara berdepan kadar rakyat mengalami obesiti yang semakin meningkat setiap tahun.

“Ditambah dengan iringan muzik rancak, tarian dapat dilakukan dengan lebih menyeronok­kan dan secara tidak langsung menjadikan regim senaman tidak lagi membosanka­n.

“Kami bersyukur kerana acara yang kali kedua dianjurkan ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, termasuk lelaki yang mahu menjalani kehidupan lebih sihat,” katanya.

Menurut Siti Hadzrah, program itu turut mendapat sokongan beberapa studio tarian dan membabitka­n ramai jurulatih tarian kecergasan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, seorang peserta program, Nadia Yahya, 37, berkata, program itu menarik minatnya kerana selain dapat bersenam dengan cara yang lebih menghiburk­an, dia dapat menambah kenalan baru yang berkongsi minat sama.

“Tambahan pula, dengan kehidupan di ibu kota yang sibuk, penyertaan program ini dapat membantu mengurangk­an tekanan di samping meningkatk­an kecergasan saya.

“Saya sendiri mengikuti latihan kecergasan zumba dan menjadi ahli kelab kecergasan kerana menyedari pentingnya mengekalka­n kesihatan melalui aktiviti ini lebihlebih lagi selepas menginjak usia 30-an,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia turut menekankan kepentinga­n menjalani gaya hidup sihat kepada dua anaknya sejak kecil.

Bagi peserta, Firdaus Rozlan, 22, pula begitu teruja menyertai program tarian kecergasan berskala besar pertama kali disertainy­a.

Ditambah dengan minatnya dalam tarian, program itu amat sesuai bagi generasi muda sepertinya berbanding mengunjung­i kelab malam yang pastinya membawa banyak unsur negatif seperti penyalahgu­naan dadah dan arak.

“Tarian memang sebati dengan jiwa saya, apatah lagi saya kini menuntut dalam jurusan Seni Persembaha­n di universiti. Jadi tiada masalah untuk saya bergiat aktif dalam program seumpama ini,” katanya.

Bagi peserta, Eevonne Koh, 29, semakin meningkat usia dia menyedari keperluan untuk kekal cergas terutama kesibukan tugas yang menuntutny­a bekerja hingga lewat malam.

Katanya, program itu amat menarik minat kerana suasananya yang begitu meriah berbanding

 ??  ?? Saya sendiri mengikuti latihan kecergasan zumba dan menjadi ahli kelab kecergasan kerana menyedari pentingnya mengekalka­n kesihatan melalui aktiviti ini lebihlebih lagi selepas menginjak usia 30-an
PESERTA bersemanga­t mengikut rentak instruktor tarian.
Saya sendiri mengikuti latihan kecergasan zumba dan menjadi ahli kelab kecergasan kerana menyedari pentingnya mengekalka­n kesihatan melalui aktiviti ini lebihlebih lagi selepas menginjak usia 30-an PESERTA bersemanga­t mengikut rentak instruktor tarian.
 ??  ?? GERAK tarian rancak yang menarik oleh instruktor berpengala­man.
GERAK tarian rancak yang menarik oleh instruktor berpengala­man.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia