Harian Metro

Dana PD NKF bantu pesakit buah pinggang

-

Daftar Dialisis dan

Transplan Malaysia melaporkan 9.4 peratus populasi dialisis iaitu kira-kira 3,149 pesakit sedang menjalani rawatan dialisis peritoneal di negara ini pada 2014 dan kini majoriti pesakit di Malaysia mendapatka­n rawatan dialisis peritoneal mereka (CAPD dan APD) dari hospital kerajaan serta hospital universiti.

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) barubaru ini melancarka­n program dana Dialisis Peritoneal (PD) pada persidanga­n Asia Pasifik (APAC) pertama mengenai Terapi Kecederaan Buah Pinggang Akut (AKI) dan Terapi Pengganti Renal Berterusan (CRRT) yang diadakan bersempena Kongres Tahunan Ke-33 Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN).

Program dana PD NKF bertujuan memberikan bantuan kewangan kepada pesakit kegagalan renal tahap akhir (ESRF) yang ingin melakukan dialisis peritoneal CAPD dan APD sebagai pilihan utama terapi penggantia­n buah pinggang.

Pengerusi Lembaga Pengarah NKF Datuk Dr

Zaki Morad Mohamad

Zaher berkata, program bantuan kewangan PD di NKF bermula pada 2016 dan penubuhann­ya sebagai cara untuk menyediaka­n pembiayaan bagi pesakit CAPD dan APD dengan mendedikas­ikan peratusan sumbangan yang diterima untuk inisiatif itu.

Katanya, memandangk­an peningkata­n pesakit yang menjalani rawatan PD di Malaysia, NKF sedang mencari cara untuk membantu pesakit terbabit.

“Jabatan perubatan dan jabatan kebajikan akan melaksanak­an program dana PD NKF untuk membantu pesakit ESRF yang tidak berkemampu­an untuk membolehka­n mereka meneruskan hidup dengan rawatan PD,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana PD NKF.

Turut hadir, Ahli

Lembaga NKF Dr Lee Wan Tin yang menerangka­n menerangka­n kriteria pesakit, proses permohonan dan pengeluara­n untuk memahami aliran kerja program dana PD.

Dr Lee berkata, NKF akan mengeluark­an surat jaminan kepada syarikat bekalan PD berkaitan yang menjamin pembayaran untuk bekalan PD selama setahun untuk setiap pemohon yang berjaya.

Menurutnya, bekalan PD akan dihantar ke rumah pemohon yang berjaya oleh syarikat bekalan dan invois akan dikeluarka­n kepada NKF.

“Selepas pengesahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat NKF, Jabatan Kewangan NKF akan membuat bayaran yang sesuai kepada syarikat pembekalan PD setiap bulan,” katanya.

Sempena pelancaran itu, tiga organisasi utama iaitu Lucenxia, Fressenius dan Baxter turut menawarkan bantuan kepada NKF dalam menyediaka­n rawatan PD kepada pesakit buah pinggang di negara ini yang tidak berkemampu­an dan berkelayak­an.

Untuk maklumat lanjut mengenai NKF atau untuk menderma terhadap usaha organisasi, sila layari www. nkf.org.my.

 ??  ?? MAJORITI pesakit buah pinggang
mendapatka­n rawatan dialisis dari hospital kerajaan dan hospital
universiti.
MAJORITI pesakit buah pinggang mendapatka­n rawatan dialisis dari hospital kerajaan dan hospital universiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia