Harian Metro

Mesir mengajar erti kehidupan di bumi asing

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria, Mesir

“Belajar sungguh-sungguh di sana. Jaga diri, jaga solat” Begitulah harapan ibu ayah terhadap anak-anak yang bakal menyambung pelajaran di tempat orang.

Tidak saya lupakan kali pertama menjejakka­n kaki di Bumi Anbia’ ini. Sebuah Negara yang asing dalam hidup saya. Tidak pernah terfikir di benak fikiran untuk menyambung pelajaran di Mesir dan tinggal di sana. Namun, takdir Allah menentukan segalanya.

Debu pasir memenuhi ruangan di Mesir serta bunyi hon yang silih berganti dimainkan menyambut kedatangan saya di Mesir pada kali pertama pada 2014. Secara jujurnya, saya tidak berapa suka berada dalam suasana sebegitu. Hati saya di Malaysia walau jasad berada di Mesir.

Tidak dapat saya gambarkan perasaan sedih meninggalk­an keluarga dan tanah air tercinta. Pada awal bulan pertama, saya selalu membanding­kan Malaysia dan Mesir. Pelbagai perkara saya bandingkan daripada budaya manusia sehinggala­h pengangkut­an. Pada waktu itu saya hanya melihat kekurangan Mesir. Tiada satu kebaikan di hadapan mata saya pada waktu itu.

Namun tiada siapa dapat menolak perancanga­n Allah. Alhamdulil­lah saya telah hidup di Mesir selama tiga tahun. Ya, baru tiga tahun. Tapi bagi saya tiga tahun adalah waktu yang lama. Tiga tahun juga telah mengubah persepsi saya mengenai kehidupan.

Kehidupan di Mesir bukanlah sebuah kehidupan berlantaik­an permaidani merah mahupun dihiasi bunga-bungaan. Tidak dinafikan Mesir adalah sebuah negara ketiga, kehidupan rakyat di sana sangat susah. Tiada menara pencakar langit menghiasi pemandanga­n. Yang ada hanyalah rumah berbentuk petak memenuhi setiap ruangan di Mesir. Orang gelandanga­n juga ramai di sana. Ramai rakyat Mesir tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Carilah mutiara tersembuny­i di sebalik butiran pasir di Mesir”.

Kata-kata ini sering disematkan oleh senior sebelum kami tiba di Mesir dan sehingga hari ini kata-kata ini masih dipegang oleh pelajar Malaysia yang berada di Mesir.

Bumi Anbia’ yang terlalu jauh sifatnya berbanding tanah air tercinta, Malaysia. Bumi yang mengajarku erti kesabaran, ketabahan dan semestinya pengalaman yang membuahkan pelbagai rasa. Terlalu banyak perkara kebaikan yang disajikan di sini jika kita mencarinya.

Kuliah di universiti dibantu oleh pensyarah yang penuh dedikasi dan kesungguha­n. Pensyarah di sini sangat merendah diri dan sentiasa membantu kami dalam pelajaran dan mengajar cara untuk hidup di Mesir. Walaupun, kadang-kadang sistem universiti yang agak mencabar namun pihak universiti sentiasa berusaha memperbaik­i sistem mereka setiap tahun.

Antara keistimewa­an Mesir adalah ilmu agama tidak dapat dipisahkan. Pelbagai kelas pengajian agama seperti ilmu al-Quran dan Tajwid diadakan di merata tempat. Mesir adalah negara yang sangat mudah untuk kita mendalami ilmu agama. Beratus sheikh terdapat di sini yang mana kita dapat mempelajar­i ilmu agama daripada mereka.

Seperti pelajar Malaysia belajar di luar negara yang lain, berdikari adalah satu perkara yang dapat saya pelajari. Daripada memasak sehingga membuat keputusan hendaklah dibuat sendiri. Kehidupan jauh daripada keluarga mengajar erti untuk sentiasa menghargai orang di sekeliling kita.

Mesir telah mengajar saya untuk bersabar dengan tahap

paling tinggi. Mesir menjadikan saya lebih dewasa. Mesir mengajar saya untuk bersifat lebih patriotik dan bersyukur dengan segala dikecapi di tanah air.

Akhir kata, walau di mana kita berada sentiasala­h bersyukur dan hargai segala perkara di sekeliling kita. Di atas kesempatan ini, ingin saya memohon maaf sekiranya kita tidak berjumpa lagi di penulisan akan datang di ruangan Coretan Perantau ini. Sesungguhn­ya penulisan ini hanyalah sebuah memoir dan pengalaman tidak seberapa daripada saya perihal kehidupan dilalui setiap hari di Mesir. Mungkin kita akan bertemu di ruangan lain. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan atas Coretan Perantau ini khususnya kepada Encik Shariffudi­n Mohamed, mantan pengarang eksekutif Harian Metro yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menulis. Tidak lupa juga ibu bapa, keluarga saya dan pembaca yang sentiasa menyokong karya ini. Semoga kita berjumpa lagi, semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia