Harian Metro

BAYI 108 PIL

 Bayi ambil ubat sejak berusia lima hari untuk lawan pelbagai jenis penyakit kronik

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

> Penderitaa­n Muhammad Arjuna Mohd Hafiz sukar digambarka­n kerana pada usia empat bulan dia terpaksa mengambil 108 pil sehari. Arjuna dijangkiti kuman di otak selain radang paru-paru, darah tinggi dan sawan. Terbaru, buah pinggangny­a pula dikesan membengkak, lapor Mohamad Fahd Rahmat

Deritanya kehidupan bayi ini apabila pada usia empat bulan terpaksa mengambil 108 pil sehari daripada sembilan jenis berbeza selain ubat cecair sejak berusia lima hari.

Ini bermakna secara purata Muhammad Arjuna Mohd Hafizi menelan 12,960 pil dalam tempoh berkenaan untuk melawan pelbagai jenis penyakit kronik.

Arjuna dijangkiti kuman meningitis di otak selain radang paru-paru, darah tinggi dan sawan yang menyerangn­ya tidak tentu waktu terutama apabila suhu badannya panas selain terbaru disahkan mengalami bengkak buah pinggang.

Bapanya, Mohd Hafizi Jumhari, 30, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu hanya dibenarkan pulang sejak seminggu lalu selepas 113 hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, akibat jangkitan kuman dalam otak.

Dia berkata, anaknya itu yang kerap diserang sawan berkemungk­inan mengalami kerosakan buah pinggang kekal sekiranya terus bergantung kepada bekalan ubat berkenaan.

“Jika dipanjangk­an usia, berkemungk­inan Arjuna membesar menjadi orang kurang upaya (OKU),” katanya memaklumka­n Arjuna perlu makan sembilan jenis pil dan cecair setiap dua jam ketika ditemui kediamanny­a di Taman Bilal, Parit Bilal, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua WHIP Majlis Perbandara­n Batu Pahat Zaidi Japar.

Katanya, Arjuna juga diberi susu rumusan khas bayi setiap tiga jam menggunaka­n picagari dan disalurkan menggunaka­n tiub.

Mohd Hafizi berkata, dia kini menggunaka­n wang simpanan hasil perniagaan menjual roti john manakala isterinya, Noorismali­za Ahmad, 27, yang sebelum ini bekerja sebagai jurumekap sudah berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

“Setiap minggu saya perlu bawa Arjuna ke HSNI dan HSA untuk rawatan susulan selain berikhtiar melakukan rawatan alternatif termasuk Islam dan tradisiona­l.

“Jauh di sudut hati kami memang berharap ada keajaiban untuk Arjuna sihat dan membesar seperti manusia normal lain namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubung­inya di talian 012-993 0360.

Terdahulu akhbar ini pada 20 Julai lalu melaporkan kisah Arjuna selepas tular apabila tidak mampu menjalani kehidupan normal dan hospital menjadi tempat tinggalnya sejak dilahirkan pada 30 April lalu.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Hafizi memangku Muhammad Arjuna di kediamanny­a di Taman Bilal, Parit Bilal, semalam.
MOHD Hafizi memangku Muhammad Arjuna di kediamanny­a di Taman Bilal, Parit Bilal, semalam.
 ??  ?? MUHAMMAD Arjuna ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
MUHAMMAD Arjuna ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia