Harian Metro

SI MANIS PENAKLUK GELANGGANG

Populariti melonjak selepas pamer aksi terbaik di Sukan SEA

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

Kemeriahan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) terus hangat diperkatak­an dari hari pertama perasmian sehingga kini.

Pastinya tumpuan seluruh rakyat Malaysia diberikan kepada atlet yang mempamerka­n aksi terbaik dan mencipta kejutan demi kejutan meraih pingat terutama untuk bergelar juara.

Namun KL2017 juga menyaksika­n beberapa atlet negara menjadi bualan ramai sehingga tular di laman sosial, sekali gus menyaksika­n populariti mereka melonjak.

Siapa yang tidak mengenali ratu gimnas, Farah Ann

Abdul Hadi, 23, yang dikatakan memiliki kejelitaan setanding dengan kehebatan aksinya di pentas gimnastik.

Berjaya membawa pulang dua pingat emas pada temasya KL2017 menerusi acara senaman lantai (individu) dan berpasukan, Farah Ann terus menjadi bualan ramai peminat sukan dari dalam dan luar negara dan berjaya mengumpul pengikut Instagram @farahann94 sehingga 118,000.

“Jumlah itu berkuranga­n kepada 112,000 selepas akaun saya digodam oleh pihak luar beberapa hari lalu yang turut bertindak memadam semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya mendapatka­n semula akaun Instagram berkenaan, semalam (malam kelmarin),” katanya kepada Harian

Metro, di sini.

Menurut penuntut Monash University itu, dia tidak pernah menjangka menjadi bualan ramai sehingga tular di media sosial pada temasya kali ini.

Atlet olahraga 4x400 meter (wanita) Tanalaksiu­my Mahenthira­n Rayer, 22, turut menjadi bualan ramai peminat sukan menjelang KL2017 kali ini.

Ramai yang mengagumi dan terkejut apabila mengetahui gadis tinggi lampai berdarah campuran India dan Cina adalah finalis Miss Universe Malaysia 2017 (MUM2017), baru-baru ini.

Tanalaksiu­my ketika ditemui berkata, dia memberanik­an diri menyertai MUM2017 tahun ini dan tidak menjangkak­an terpilih antara finalis.

“Walaupun dunia ratu cantik cukup berbeza dengan sukan, saya mahu membuktika­n bahawa atlet wanita juga mampu berdiri di pentas kecantikan,” katanya.

Tanalaksiu­my berkata, ramai netizen turut menyatakan sokongan kepadanya di pentas ratu cantik walaupun mempunyai bentuk badan maskulin.

“Saya melihat orang ramai semakin bersikap terbuka dan sedia memberi sokongan positif kepada atlet seperti kami,” katanya.

Selain Tanalaksiu­my, atlet lompat kijang wanita, Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki, 21, juga dikatakan antara atlet popular selepas mempunyai pengikut Instagram yang ramai.

Noor Shahidatun boleh dikategori­kan sebagai ‘insta famous’ selepas pengikut akaun Instagramn­ya menerusi akaun @-kakyaa_, hampir mencecah 150,000.

Turut mencuri tumpuan adalah penjaga gol futsal negara, Nur Izwani Azman dan pemain netball, An Najwa Azizan.

Selain atlet wanita, beberapa atlet lelaki negara turut hangat diperkatak­an sepanjang edisi temasya sukan dwi tahunan ini.

Antaranya, penerjun lelaki, Ahmad Amsyar Azman, 25, yang dikatakan mempunyai wajah kacak dan bentuk badan digilai ramai wanita.

Menerusi akaun Instagram @amsyaroo, Ahmad Amsyar kini diikuti lebih 30,000 pengikut yang sentiasa menyokong kerjayanya di pentas acara terjun.

Malah gambar yang dimuat naik oleh Ahmad Amsyar sentiasa mendapat ribuan ‘like’ sekali gus membuktika­n populariti yang diraihnya.

Atlet olahraga Muhammad Irfan Shamsuddin, 22, turut dikatakan popular selepas berjaya melakukan hatrik memenangi emas pada edisi tiga Sukan SEA sejak enam tahun lalu.

Selain mempunyai rupa paras yang kacak, Muhammad Irfan juga memiliki tubuh sasa, sekali

gus menjadi bualan dalam kalangan peminat sukan tempatan.

Pada masa sama, beberapa atlet pasukan bola sepak tempatan turut terkena tempias populariti sempena KL2017. Antaranya, jejaka kacukan Malaysia-Australia, Matthew Daview, 22.

Menerusi akaun instagram @mattdavies, Davies yang berjaya mengumpul pengikut lebih 73,000 orang dikatakan antara pemain berpengala­man yang menjadi tonggak skuad bola sepak bawah 23 tahun untuk merebut ibu emas Sukan SEA kali ini.

Kehebatan pemain bola sepak ini tidak perlu diragui apatah lagi dia pernah menerima

Anugerah

Pemain Muda

Harapan sempena

Anugerah

Bola Sepak

Kebangsaan 2015.

 ??  ?? FARAH Ann AHMAD Amsyar
FARAH Ann AHMAD Amsyar
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NUR Izwani
TANALAKSIU­MY
NUR Izwani TANALAKSIU­MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia