Harian Metro

LEMBU KORBAN RM20,000

 Berat lebih 1,000kg, satu bahagian korban hampir RM2,000

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Kebiasaan umat Islam negeri ini memilih lembu tempatan yang beratnya sekitar 100 kilogram (kg) ke 300kg untuk menjalanka­n ibadat korban.

Selain tidak begitu besar, harga ternakan lembu jenis itu juga lebih murah iaitu antara RM3,000 ke RM5,000 seekor bergantung harga pasaran.

Ia sekali gus menjadikan harga satu bahagian korban antara RM600 ke RM800 yang masih dianggap ‘mampu ibadat’ oleh masyarakat.

Bagaimanap­un, terdapat penternak yang membiak lembu sado seperti Charolais dan Limousin untuk menawarkan­nya kepada mereka yang mahukan ternakan istimewa buat korban dengan berat boleh melebihi 1,000kg.

Harga seekor baka pun agak lumayan iaitu mencecah RM20,000 atau lebih, bergantung saiz ternakan terbabit, sekali gus menjadikan harga satu bahagian korban hampir RM2,000.

Penternak lembu jenis itu, Che Yahya Che Hassan, 61, berkata, dia sudah memelihara 12 ekor ternakan itu dengan tiga daripadany­a jenis Charolais dan selebihnya Limousin.

Meskipun ternakan terbabit lebih bertujuan untuk pembakaan, dia juga tidak menolak permintaan mereka yang membelinya untuk ibadat korban mahupun kenduri atau majlis keraian.

“Permintaan untuk korban memang tidak banyak kerana harga lembu jenis ini mahal. Namun jika dikorbanka­n, kita puas hati kerana saiz lembu yang besar membolehka­n lebih ramai merasa dagingnya.

“Lagipun baka Charolais dan Limousin memang bersaiz besar dengan beratnya boleh cecah 300 hingga 500kg berbanding lembu tempatan paling berat pun 300kg.

“Saya sudah menternak lembu lebih 20 tahun, namun mula membeli anak lembu Charolais tahun lalu. Ketika itu usia anak lembu ini enam bulan dan dibeli daripada penternak lain pada harga RM18,000 untuk dibuat baka.

“Kini sudah ada tiga Charolais dan Limousin, memang sayang untuk dijual. Permintaan korban terhadap lembu baka ini pun masih tidak banyak,” katanya ketika ditemui di Kampung Sador, Tawang di sini, semalam.

Untuk tujuan pembakaan, dia mendapatka­n suntikan baka daripada Jabatan Veterinar dan dilaksana menerusi dua baka Charolais Blonde dan Charolais Bara Limousin.

Katanya, tidak mustahil jika satu hari nanti, lembu berkenaan akan menjadi pilihan umat Islam untuk dibuat korban berdasarka­n fizikalnya yang sado.

Pengembala lembu dari Kampung Takang di sini, Ismail Hamzah, 66, berkata, dia menternak lembu sejak lebih 10 tahun lalu dan memelihara seekor lembu baka Charolais.

Katanya, lembu itu dibeli dengan harga RM18,000 pada November tahun lalu dan kini dijadikan ‘ibu’ un-

 ??  ??
 ??  ?? “Namun jika dikorbanka­n, kita
puas hati kerana saiz lembu yang besar membolehka­n lebih
ramai merasa daging
Che Yahya Che Hassan
“Namun jika dikorbanka­n, kita puas hati kerana saiz lembu yang besar membolehka­n lebih ramai merasa daging Che Yahya Che Hassan
 ??  ?? CHE Yahya memeriksa seekor daripada 12 lembu baka Charolais miliknya.
CHE Yahya memeriksa seekor daripada 12 lembu baka Charolais miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia