Harian Metro

Gagal cubaan bakar diri

-

Selayang: Tindakan pantas sekumpulan penduduk berjaya menyelamat­kan nyawa seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan membakar bilik tidurnya di Blok C, Pangsapuri Selayang Makmur, di sini.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa yang berusia 30-an itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan bertindak membakar barangan di dalam biliknya.

Difahamkan, penduduk di kawasan kediaman itu menyedari asap hitam keluar dari tingkap rumah mangsa sebelum mereka bertindak membuat panggilan kecemasan.

Beberapa penduduk turut bertindak berani memecah masuk rumah lelaki itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring.

Mereka kemudian segera mengusung lelaki itu keluar dari kediaman berkenaan, selain berusaha memadamkan kebakaran sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 malam dan sepasukan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati api dipadamkan oleh orang awam.

“Mangsa didapati mengalami kecederaan melecur 20 peratus pada anggota badannya,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba melakukan pemeriksaa­n di dalam rumah yang terbakar itu sekiranya masih terdapat punca api.

“Terdapat kesan kebakaran pada tilam di bilik tidur mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai membantu mangsa.
ORANG ramai membantu mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia