Harian Metro

Jiran jerit dapur berapi

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Saya tidak sangka rumah berusia 34 tahun yang dibeli hasil titik peluh arwah suami musnah sekelip mata dalam kebakaran,” kata suri rumah, Noorani Yussoff, 58.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, kebakaran turut membabitka­n empat rumah teres setingkat di Lorong Masjid, Taman Ria di sini.

Noorani berkata, kejadian berlaku ketika dia mencari barang miliknya di sebuah bilik di kediamanny­a itu

“Saya terkejut apabila jiran menjerit memberitah­u api marak membakar bahagian dapur kediaman saya.

 Api merebak bakar lima kediaman teres setingkat

“Hanya MyKad milik saya dan anak sempat diselamatk­an,” katanya yang mendakwa kerugian mencecah RM100,000.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Maizun Mohd Yin, 39, berkata, dia yang bekerja sebagai penyelia mutu kawalan di syarikat percetakan di pekan ini menyedari insiden berkenaan selepas dihubungi abangnya.

“Ketika kejadian, saya bekerja lebih masa. Saya bergegas pulang dan mendapati rumah saya antara paling terjejas teruk dalam kebakaran itu,” katanya yang tinggal bersama ibu bapa dan adik lelaki.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, 30 anggota bersama tiga jentera dari BBP Sekinchan, BBP Sungai Besar dan BBP Tanjung Karang dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Anggota bomba mengambil masa hampir satu jam memadamkan kebakaran bagi mengelakka­n api merebak ke rumah lain,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah di Lorong Masjid, Taman Ria, kelmarin.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah di Lorong Masjid, Taman Ria, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia