Harian Metro

Tak kisah dilabel band kampung

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

 Projector Band tidak kecil hati, sedar asal usul

Projector Band yang popular dengan lagu Sudah Ku Tahu tahun lalu dan kini popular dengan lagu Aisyah, tidak kisah terus dilabel peminat sebagai band kampung.

Pemain gitar utama yang juga ketua kumpulan, Razif Zainuddin atau Angah, 25, berkata, terpulang kepada peminat jika mahu melabelkan mereka sebagai band kampung atau apa saja.

“Kami tidak berkecil hati pun kerana kami memang berasal dari kampung iaitu Kuala Kubu Bahru (KKB), Selangor.

“Kami juga tidak sedikit pun malu untuk mengakuiny­a kerana ia perkara yang benar. Keluarga kami pun masih menetap di KKB,” katanya.

Selain Angah, Projector Band dianggotai Iskandar Zulkarnain Shafin, 24, atau Is selaku penyanyi, Ahmad Khusairi Shafari, 27, (Mat, bass), Isnaidi Eidham Razali, 22, (Edi, gitar kedua) dan Muhammad Safiq Zainuddin, 23, (Apit, pemain dram).

Angah berkata, dia bersama-sama anggota Projector Band yang lain hingga kini sedar diri dan asal usul mereka.

“Kami memang anak kampung yang berasal dari daerah Hulu Selangor yang memberanik­an diri untuk menyahut cabaran dan cuba nasib membina karier dalam industri muzik.

“Setakat ini, hampir dua tahun kami gembira kerana karya muzik yang dipertaruh­kan Projector Band diterima baik pendengar dan mendapat sambutan.

“Kami bermain muzik ikhlas kerana minat. Terus-terang, bukan popular yang kami kejar, tetapi bersyukur populariti itu yang nampaknya datang sendiri,” katanya.

Menurut Angah, walaupun Projector Band tidak terlepas daripada terpalit beberapa cerita sensasi sebelum ini, mereka akur dan menerima dengan hati terbuka.

 ??  ?? PROJECTOR Band
PROJECTOR Band

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia