Harian Metro

Pantau ‘lelaki gatal’

-

Kuala Lumpur: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) memandang serius jenayah seksual dilakukan ‘lelaki gatal’ di dalam Transit Aliran Ringan (LRT) dan sudah mengambil langkah sewajarnya.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata, pihaknya melalui Rapid KL menggalas tanggungja­wab untuk mengendali­kan lebih 600,000 penumpang yang direkodkan setiap hari.

“Kejadian jenayah membabitka­n cabul dan curi sentiasa menjadi tumpuan kami supaya perkara itu dipantau walaupun berdepan dengan kekangan terutama ketika waktu puncak.

“Ini kerana jumlah penumpang lebih ramai pada ketika itu yang menyukarka­n pemantauan dijalankan,” katanya.

Azhar berkata, pihaknya turut menempatka­n beberapa anggota polis bantuan bagi melakukan pemantauan di semua stesen LRT selain pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

“Anggota polis bantuan yang bertugas bukan saja meronda di sekitar kawasan stesen, malah rutin rondaan mereka merangkumi rondaan di dalam LRT.

“Pada masa sama, kami turut memasang CCTV di sekitar kawasan stesen dan di dalam LRT,” katanya.

Beliau berkata, individu yang menjadi mangsa cabul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) diminta tampil mengemukak­an laporan berhubung kejadian berkenaan bagi membolehka­n tindakan diambil terhadap pelakunya.

“Laporan boleh dibuat sama ada kepada pihak kami (Prasarana) melalui anggota polis bantuan yang bertugas atau membuat laporan di balai polis berhampira­n.

“Sebaik menerima laporan itu, kami akan bekerjasam­a dengan pihak polis termasuk bagi mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan itu.

“Orang ramai dinasihatk­an peka terhadap keadaan sekeliling bagi mengelak menjadi mangsa cabul,” katanya.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes dilaporkan membabitka­n kejadian cabul di stesen LRT termasuk tindakan lelaki Bangladesh yang meraba punggung wanita di stesen LRT Putra, di sini, Julai lalu.

Pada Mac lalu, seorang lelaki ditahan di Stesen LRT Taman Jaya, di sini, selepas mengganggu wanita ketika menaiki LRT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia