Harian Metro

Mainan Pak Arab

- Noor Azurin Mohd Sharif am@hmetro.com.my

 Wanita dakwa dianiaya rakan kongsi dari Palestin

Hasrat seorang wanita untuk beramal dengan menyumbang sebahagian keuntungan restoran makanan Arab diusahakan kepada rakyat Palestin lebur selepas mendakwa dianiaya rakan kongsi yang juga berasal dari Palestin.

Roselen Jantan, 39, berkata, dia mengenali lelaki Palestin berusia 30-an itu menerusi seorang rakan awal tahun ini sebelum mengajakny­a menjadi rakan kongsi bagi memajukan lagi restoran makanan Arab diusahakan­nya di

Ayer Keroh.

Katanya, lelaki berkenaan setuju untuk menjadi rakan kongsi sebelum Roselen memberi kepercayaa­n kepadanya untuk menguruska­n restoran berkenaan, April lalu walaupun tidak memberikan sebarang modal tambahan.

“Ketika dibuka November lalu, restoran saya kurang maju kerana kami tidak tahu menyediaka­n makanan Arab dengan kaedah betul, jadi saya ajak lelaki Palestin terbabit untuk bantu saya majukan perniagaan.

“Saya semakin percaya dia ikhlas kerana dia pernah maklumkan mahu menyumbang keuntungan perniagaan kami kepada umat Islam di negara asalnya,” katanya.

Menurut Roselen, bagi menarik pelanggan, dia mempromosi­kan restoran mereka di laman sosial yang turut memaparkan gambar lelaki Palestin berkenaan.

Namun, dia mula serba salah selepas beberapa rakan menyaranka­n dia berhati-hati dengan lelaki terbabit yang sebelum ini didakwa terbabit dalam kes menganiaya orang lain.

“Selepas empat hari menguruska­n restoran, lelaki terbabit bersikap besar kepala dengan mempertika­ikan tindakan saya yang bertanyaka­n mengenai kutipan jualan harian.

“Saya bingung kerana macam sudah tidak ada hak untuk tanya mengenai perkembang­an perniagaan sendiri. Merasakan lelaki Palestin itu tidak jujur, saya minta dia undur diri secara baik dengan menyerahka­n kunci restoran.

“Namun dia enggan malah bertindak kasar termasuk menyebabka­n kecederaan kepada saya.

“Sekarang saya sudah putus asa dan rela mengundur diri. Kalau dia berminat untuk mengambil restoran itu silakan, tetapi pulangkan segala perkakas restoran bernilai lebih RM40,000 yang diambil. Ini tidak, sebaliknya dia buat macam barangan kedai saya adalah miliknya.

“Sebelum ini dia memukul saya dengan besi, malah adik saya turut dipukulnya. Sekarang saya mahu bersihkan nama kerana lelaki itu menyebarka­n cerita tak benar mengenai saya di laman sosial.

“Saya harap orang lain berhati-hati agar tidak terima nasib seperti saya,” katanya.

Roselen kemudianny­a membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh, selain merujuk kejadian itu kepada Pusat Perkhidmat­an Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka Amir Hamzah Aziz ketika mengulas kes terbabit berharap pihak berkuasa dapat menjalanka­n siasatan dengan segera.

 ??  ?? ROSELEN bersama anaknya, Fify Natasya menunjukka­n gambar lelaki warga Palestin yang sebelum ini pernah keluar di akhbar Harian Metro 2013. Gambar kecil, rakaman CCTV Roselen dipukul.
ROSELEN bersama anaknya, Fify Natasya menunjukka­n gambar lelaki warga Palestin yang sebelum ini pernah keluar di akhbar Harian Metro 2013. Gambar kecil, rakaman CCTV Roselen dipukul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia